Penyanyi popular Abdul Halil Chik meninggal dunia pada pukul 9.00 pagi tadi.

Halil dikejarkan ke Hospital Ampang hampir dua minggu lalu selepas mengalami masalah darah tinggi melampau sehingga menyebabkan strok bahagian kanan badan kerana berlaku perdarahan otak kiri.

Penyanyi berusia 70 tahun yang pernah popular dengan lagu Lenggang Mak Limah ini sempat pulang beraya di negara kelahirannya di Singapura sebelum kembali ke Kuala Lumpur meraikan Syawal tahun ini dengan dua anak lelakinya, Aliff 23 dan Johan, 19.

Difahamkan, jenazah akan dikebumikan di kawasan Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Kuala Lumpur.

Kredit gambar: BH Sg Online.

SGMS Faida