“Handsome Juga Laki Saya Walaupun Ada ‘Nonok Vibes’,” – Netizen Cakap Syamel ‘Lembut’, Ernie Zakri Tak Melenting

Sebelum ini ramai yang membuat andaian bahawa persembahan Syamel pada Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) lalu terselit dengan elemen ‘kelembutan’ apabila menampilkan penari latar lelaki.

Malah, perkara itu sekali lagi dibangkitkan netizen apabila Syamel membuat persembahan menerusi sebuah program di setesen televisyen swasta baru-baru ini.

 

Enggan melenting dengan sindiran tersebut, Ernie Zakri menerusi ciapan di Twitter miliknya mengakui bahawa suaminya itu memiliki sikap lemah lembut dan juga seorang lelaki yang budiman.

 

Bagaimanapun, Syamel atau nama sebenarnya, Syameel Aqmal Mohd Fodzly turut memberikan respons balas terhadap komen netizen mengenai dirinya.

Salma Syahbuddin