Hantaran Curi Perhatian, Netizen Seloroh Ally Iskandar Ucap Tahniah Kepada Bekas Isteri? – “Its A Wish To The Other Side”

Perkongsian pengacara dan personaliti, Ally Iskandar mencuri tumpuan netizen baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Ally memuat naik sebuah foto yang memaparkan sedang meluangkan masa bersama anaknya.

Dalam foto tersebut, Ally berkongsi anaknya meminta untuk mencipta beberapa bentuk mengunakan plastisin.

“Anak main clay. Anak minta daddy buat bentuk. Daddy tiada ilham. Picit dan pulas. Jadi apa entah,” tulisnya.

Apa yang menarik perhatian warganet adalah bentuk yang dihasilkan pengacara tersebut seolah-olah seperti sepasang angsa.

Menjengah ke ruangan balas, warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian Ally tersebut.

Warganet juga bersoloroh dengan mendakwa perkongsian Ally tersebut ada maksud tersurat dan tersirat.

Malah, ada juga yang beranggapan ia adalah ucapan kepada bekas isterinya yang juga bekas personaliti TV, Farah Lee, yang baru sahaja mendirikan rumah tangga baru-baru ini.

Untuk rekod, Ally pernah mendirikan rumah tangga dengan Farah pada Januari 2012 namun jodoh tidak panjang, mereka bercerai pada 17 Ogos 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempun, Maream Esaabel yang kini berusia 9 tahun.

Pada 5 Januari lalu, Farah Lee mengejutkan ramai apabila mengumumkan kembali bergelar isteri dengan lelaki pilhannya yang dikenali sebagai Fuad.

ARTIKEL BERKAITAN: Minta Bukti Tak Dapat, Farah Lee Bakal Bawa Isu Tuduhan Hutang RM130,000 Ke Mahkamah… Individu Lempar Fitnah Pula Ajak Bersemuka! – “Mohon Beri Kerjasama”

Khairil Khusyairi