Samakan Wajah Macam Bibik, Rossa Sera Rasa ‘Insecure’ Tanpa Solekan Gara-Gara…

Bekas isteri kepada pelawak kontroversi, Shuk Sahar memberitahu kurang keyakinan diri apabila tidak mengenakan solekan pada wajahnya.

Menerusi hantarannya di Instagram, Sera ‘stitch’ video tular pelakon Fathia yang menyamakan aktres jelita, Zahirah dengan rupa bibik dan membandingkan dengan wajahnya tanpa solekan.

“Sorry muka Sera tanpa make up macam bibik,” katanya.

Menurutnya, meskipun tiada alasan kukuh dirinya ‘insecure’ dengan wajah tanpa solekan, ianya mempunyai kaitan dengan masalah rumah tangga yang dihadapi sebelum ini.

“Sera jenis yang insecure eh dengan muka sendiri sebab tu selalu make up tebal. Tak tahu kenapa tapi yang tau je tau kenapa. Faham tak maksud Sera?

“Yang pernah kena tinggal je tau lah. But now Alhamdulillah makin better,” ujarnya.

Maya Basir