“Kena Pergi Tengok Video Penuh…” – Perjelas Pendapat Isu Pusat Pelacuran, Rosyam Nor Tampil Mohon Maaf

Pelakon popular, Rosyam Nor tampil memohon maaf isu pusat pelacuran yang dibincangkan di dalam podcast Hitam Putih Kehidupan.

Menerusi hantarannya di Instagram, dia menjelaskan klip video yang tular itu merupakan promo untuk topik baru podcast tersebut yang berjudul Otak Porno.

“Assalamualaikum. Alamak kecoh betul eh dua tiga hari pasal isu rumah pelacuran yang kononnya aku buat statement.

“Apa-apa hal pun aku nak minta maaf sebab aku tak sangka benda ni akan jadi viral yang besar tapi sebenarnya itu adalah promo untuk podcast aku dekat Suhan channel yang bertajuk Otak Porno,” jelasnya.

Menurutnya, pendapat yang dikatakan menerusi podcast itu tidak merangkul keseluruhan daripada perbincangan berkenaan.

“Itu adalah perbincangan. Jadi, aku rasa baik semua orang kalau ada masa pergi ke Suhan channel dan tengok the whole video apa yang diperbincangan.

“Terima kasih kerana peka dengan keadaan. Apa-apa pun sekali lagi minta maaf atas kekeliruan yang berlaku,” ujarnya.

Terdahulu, kenyataan Rosyam tentang isu pusat pelacuran menjadi bualan hangat yang didakwa menggalakkan zina di negara ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bagi Pendapat Peribadi Saya, Rumah Pelac*ran Itu Perlu Ada” – Bahas Isu Ketagihan P*rno, Ramai Kritik Rosyam Nor

Maya Basir