Hiburan By: SGMS Faida February 22, 2019 @ 11:11am

Hanya Sampaikan Cerita, Drama Band Tiada Niat Cetus ‘Drama’

“Kalau ada yang terasa hati, kami minta maaf,” kata vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza berhubung muzik video lagu terbaru mereka, Drama

Katanya, kumpulan itu tidak berniat menyindir mana-mana selebriti sekaligus memberitahu jalan cerita adalah rekaan semata-mata.

“ Niat kami hanya untuk menyampaikan cerita, namun peminat beranggapan ia berkait rapat dengan kontroversi yang pernah melanda industri hiburan.

“ Kami tahu ramai yang kurang senang dengan paparan dalam klip video ini. Saya ingin tegaskan lagi, kami tidak menggunakan isu kontroversi sebagai modal untuk mempromosikan lagu ini,” katanya kepada BH Online.

Tambah Aepul, muzik video berkenaan datang dengan mesej tersendiri jika difahami dengan betul.

“ Ia dapat dilihat menerusi karakter badut yang cuba menutup keburukan dengan menggunakan watak sensasi di sekelilingnya.

“ Orang tidak sedar keburukannya kerana terlalu memberi fokus kepada isu panas yang diperkatakan. Masyarakat tidak nampak peranan badut itu yang cuba mengelirukan kerana lebih tertumpu kepada kisah sensasi,” katanya.

Sebelum ini, Drama Band ada memuatnaik kapsyen memberitahu jalan cerita dalam muzik video ini adalah secara kebetulan sahaja.

Sejak melancarkan muzik video lagu itu pada 15 Februari lalu, Drama Band ‘diserang’ netizen yang mempertikai jalan cerita dipaparkan seperti mempersenda beberapa selebriti yang pernah berdepan kontroversi.

Muzik video itu mendapat perhatian bekas juara Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee dan penyanyi, Haqiem Rusli mengakui, terkesan dengan babak dipaparkan.

Malah, segelintir netizen mengecam tindakan kumpulan itu yang disifatkan seperti sengaja menangguk di air keruh untuk meraih publisiti murahan dengan menggunakan kontroversi artis lain.

Aepul berkata, walaupun mendapat pelbagai maklum balas, mereka tetap bersyukur kerana lagu itu menerima sambutan positif peminat di YouTube.

“Biarpun dikecam, ramai yang memberikan komen, mereka suka dengan lagu itu. Tidak kurang yang menyifatkan, mesej lagu kami menarik, cuma tidak selesa dengan konsep muzik video. Tidak mengapa, kami terbuka dengan kritikan,” katanya. -BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 10 Apr 2018

Intan Liana Kini Bergelar Pelakon?

Difahamkan, Intan kini sedang menjalani penggambaran filem pendek ‘Akur’ terbitan usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri. Wow, makin hebat Intan sekarang. You go girl!

Featured Mon, 6 Mar 2023

Individu Perlekehkan Siti Nurhaliza… Bandingkan Penyanyi Lokal Dengan Blackpink, Ernie Zakri & Hael Husaini Luah Rasa Kecewa – “Jangan Cakap Pasal…”

Amboiii, beraninya petik nama penyanyi nombor satu negara kita 🥵🥵 Konsert Blackpink tak dapat kalahkan konsert TokTi tau 🤪

Hiburan Fri, 7 Jun 2019

‘Saya Tiada Masalah Dengan Madu’- Adira

Sejak berkahwin dengan Datuk Red saya memang tidak pernah berkunjung ke rumah madu apatah lagi pada Aidilfitri.

Hiburan Fri, 23 Mar 2018

Hubungan Dua Tahun Bermasalah? Intan Terkejut Kenyataan Ude

Sekiranya benar Ude tidak bahagia dengan saya, adakah selama ini dia sekadar berlakon?

Hiburan Mon, 3 Dec 2018

Haqiem Rusli Kini Dilabel Kurang Ajar Oleh Netizen

Semoga Haqiem Rusli lebih peka lepasni okay.

Featured Sat, 30 Oct 2021
Featured Tue, 29 Nov 2022
Hiburan Mon, 6 Nov 2023