“Hasil Kerja Saya Dari Duit Haram Ke?” – Netizen Pertikai Usaha Janna Nick Bina Pusat Tahfiz

Umum sedia maklum bahawa pelakon dan pengacara, Janna Nick berniat untuk mendirikan sebuah pusat tahfiz dan anak yatim yang diberi nama Kompleks Tahfiz & Anak Yatim Nurul Jannah yang dijangka akan menelan kos perbelanjaan sebanyak RM6 juta.

Bagaimanapun, usaha murni bekas pengacara Melodi ini dipertikaikan oleh segelintir warganet yang kononnya mempersoalkan sumber pendapatan beliau sebagai tidak halal.

Menurut Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 27, beliau tidak mahu menjadikan komen negatif yang dilemparkan kepadanya itu sebagai penghalang bagi pembinaan pusat tahfiz miliknya.

Malah, dia mahu agar pusat tahfiz ini dapat dibangunkan dan siap seperti yang dirancang.

“Macam saya pendiarian saya satu sahaja, cukuplah pusat tahfiz tersebut dapat dibangunkan dan siap seperti mana dirancang.

“Bab mulut orang yang persoal dari mana sumber pendapatan saya perolehi dan sebagainya itu terpulang kepada mereka,” katanya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis memberikan sokongan terhadap usaha murni pelakon drama Leftenan Zana ini.

Malah, seorang ustaz yang dikenali sebagai @ashraffkhalid turut memberikan pendapatnya berhubung isu ini.

Salma Syahbuddin