Hiburan By: Padin April 4, 2022 @ 4:03pm

Hayati Ramadan, Meriahkan Aidilfitri Bersama 16 Selebriti Popular #SeikhlasHati

Rangkaian Televisyen Media Prima menerusi saluran TV3 dan TV9 telah melancarkan kempen Ramadan Raya 2022 yang bertemakan Seikhlas Hati pada 20 Mac yang lalu untuk mengumumkan senarai program – program menarik yang akan disiarkan sepanjang Ramadan ini.

TV3 dan TV9 meneruskan tradisi untuk menyajikan program-program menarik yang merangkumi genre inspirasi & travelog, drama, bual bicara, gaya hidup dan hiburan untuk tatapan penonton sepanjang bulan Ramadan ini. Penonton juga boleh membeli-belah dan membuat persiapan raya dengan tawaran hebat yang disediakan oleh WOWSHOP.

Menurut Datuk Khairul Anwar Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, bagi menyemarakkan lagi kempen Seikhlas Hati, TV3 dan TV9 memperkenalkan 16 selebriti popular sebagai wajah kempen ini.

“Di TV3, Fedtri Yahya, Sharifah Rose, Fasha Sandha, Nelydia Senrose, Haqiem Rusli, Aina Abdul, Nabila Razali, Meerqeen, Redza Rosli, Raysha Rizrose, Hael Husaini dan Andi Bernadee terpilih sebagai wajah kempen Seikhlas Hati.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

“Manakala untuk TV9, Datuk Rosyam Nor, Aprena Manrose, Mark Adam dan Kim Hassan tersenarai sebagai wajah untuk memeriahkan lagi kempen ini. Mereka turut menjayakan program-program istimewa yang akan disiarkan di bulan Ramadan dan Syawal nanti,” katanya.

Lebih menarik, laman web rasmi kempen Seikhlas Hati iaitu www.xtra.com.my/seikhlashati turut menyediakan koleksi e-Kad Seikhlas Hati yang menampilkan 16 wajah selebriti kempen ini yang boleh dimuat turun dan kongsi di sosial media.

Ikuti juga artikel – artikel menarik dan tips Ramadan, resipi makanan serta restoran yang menyediakan buffet menarik sepanjang Ramadan, senarai program menarik Ramadan dan Raya di TV3 dan TV9, ucapan serta kata-kata mutiara daripada selebriti popular dan juga paparan menarik di sebalik penggambaran video bagi kempen Seikhlas Hati di laman web tersebut.

Antara program menarik yang wajib ditonton sepanjang bulan Ramadan semestinya program Jejak Rasul di TV3. Sertai pengembaraan masa Fedtri Yahya ke zaman Tanah Melayu di mana Raja-raja Melayu dikuasai oleh imperialis Inggeris dan menyaksikan pemimpin alim ulama yang telah mengorbankan nyawa mereka demi mempertahankan kedaulatan serta maruah agama dan bangsa menerusi program Jejak Rasul: Ulama Pewaris Rasul ll bermula 1 April 2022, setiap Jumaat hingga Ahad, pukul 6.30 petang.

Sembang Sahur, program bual bicara yang bakal menemui penonton TV3 bermula April pada setiap Rabu dan Khamis, pukul 11.00 malam menampilkan Aina Abdul dan Haqiem Rusli sebagai artis jemputan untuk berkongsi topik-topik menarik berkaitan dengan Ramadan dan raya.

Saksikan drama komedi lakonan Nabila Razali iaitu ‘Mem & Bibik-Bibik’ menerusi slot Azalea, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 2.00 petang bermula 4 April 2022. Bagaimana pula Sharifah Rose sebagai Daneena yang terpaksa berkahwin secara olok-olok demi menyembunyikan diri daripada rancangan jahat makciknya dalam drama bersiri ‘‘Do You Love Me, Captain?’ di slot Lestary bermula 13 April 2022, setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam.

Gandingan mantap Fasha Sandha dan Nelydia Senrose dalam drama bersiri ‘Khilaf Asmara’ yang akan disiarkan menerusi slot Samarinda TV3 bermula 18 April 2022, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 10.00 malam pasti tidak akan menghampakan peminat-peminat mereka. Bagaimanakah Hanim menangani krisis rumah tangganya apabila dia dikhianati oleh Irma yang disayangi dan dipercayai selama ini?

Di TV9 pula, ikuti perbincangan dan kupasan isu-isu semasa yang tular di media sosial dari perspektif agama Islam secara santai dalam program Sembang Viral Mega yang dihoskan oleh Datuk Rosyam Nor bersama panel ustaz dan selebriti jemputan yang sudah menemui penonton TV9 bermula 28 Mac 2022, setiap hari Isnin, pukul 9.30 malam.

Berhibur dengan gelagat Mark Adam, Aprena Manrose dan ramai lagi pelakon hebat tanah air dalam drama bersiri ‘30 Hari Sebelum Raya’ yang mengisi slot Diandra sepanjang bulan Ramadan ini bermula 29 Mac 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 8.30 malam.

Bersama-sama dengan Kim Hassan dan WOWSHOP, jangan ketinggalan untuk mengikuti program istimewa siaran langsung, diskaun segera serta pelbagai tawaran pulangan tunai di platform perayaan gaya hidup sehenti “WOW Seikhlas Hati” untuk semua persiapan Pra-Ramadan dan Raya anda!

Untuk makluman, tema Seikhlas Hati dipilih sebagai tanda peringatan kepada kita supaya tidak mengharapkan balasan atau penghargaan dalam setiap perbuatan yang kita lakukan. Kita harus sentiasa bersyukur dan reda dengan ujian yang dihadapi kerana setiap ujian itu menjadikan kita lebih kuat dan tabah.

Bulan Ramadan khususnya merupakan bulan untuk kita meningkatkan amal ibadah dan memperolehi pelbagai ganjaran dengan sentiasa bersedekah dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan dengan seikhlas hati.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3 & TV9, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia @TV9Malaysia. Gunakan #SeikhlasHati untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 24 Oct 2019

Sweet Qismina Tampil Kelainan Apa Tu?

Sekali sekala tampil dengan imej yang berbeza apa salahnya kan?

Trending Wed, 3 Mar 2021

Perjalanan Dari Kuala Lumpur, Selangor Ke Putrajaya Perlu Surat Kebenaran Polis

Jangan keliru gaissss, nanti tak pasal-pasal kena saman!

Featured Mon, 20 Feb 2023
Featured Tue, 1 Nov 2022
Featured Tue, 2 Nov 2021

Cikgu Bengang Sikap Penghuni Buang Barang Dari Atas Flat – “Mi Segera, Kuah Mi Kari, K*ndom Siap Lend*r Lagi!”

Seorang guru tadika bengang selepas mendapati sisa mi segera dicampak oleh penghuni flat dari atas sehingga mengotorkan bahagian bumbung dan hadapan keretanya. Menerusi temu bualnya bersama mStar, wanita yang mesra disapa sebagai Nina berkata, kejadian […]

Events Sat, 1 Dec 2018

麦玲玲自嘲像老夫子!预测马国明拿奖运差一些

香港著名风水师麦玲玲来马拍摄节目,清一色服装打扮的她自嘲像老夫子!“颜色都一样,只是款式不同而已。”

Trending Mon, 21 Aug 2023

Jom Nikmati Keenakan Teh Tarik Ori Dari F&N Ini Sambil Tonton TikTok Awards MY 2023!

Tak lama lagi acara terbesar TikTok pada tahun ini iaitu TikTok Awards MY 2023 akan berlangsung di Kuala Lumpur. Tak sabar rasanya nak tahu siapakah content creators yang akan dinobatkan sebagai pemenang.  Sambil layan TikTok […]

Trending Tue, 17 Jul 2018

No More GST but SST to Make Comeback

The Sales and Service Tax will be back soon.

Hiburan Sun, 3 Mar 2024