Hebat! Pesanan Ayahanda Dapat Sentuhan Lima Komposer

Korang dah dengar single terbaru, Pesanan Ayahanda nyanyian Sissy Iman ke belum? Menarik tentang lagu ini, ia mendapat sentuhan lima orang komposer hebat tanah air.

Dalam pada itu, Sissy mengaku cukup berdebar menanti reaksi penonton untuk muzik video kali ini.

“ Terus terang Sissy cakap, lagu ini antara lagu yang paling banyak effort yang diletakkan.

“ Ia menggunakan pendekatan yang lebih urban dan chic yang mana unsur nasihat ditekankan dalam lagu ini. Jadi tak ada lah bosan bila dengar. Sesuatu yang berbeza daripada Sissy berbanding lagu-lagu sebelum ini,” katanya kepada XTRA.

Pesan Ayahanda menampilkan lima komposer iaitu Faizal Tahir, Ezra Kong, Mike Chan, Romeo dan Sissy sendiri.

Single ini diterbitkan oleh Faithful Music dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar. Lagu ini boleh didengar di semua platform muzik digital bermula 25 Januari 2019.

Lebih menarik, muzik video Pesan Ayahanda turut menampilkan kemunculan seseorang yang istimewa, kalau nak tahu siapa, kenalah tonton di Youtube nanti!

SGMS Faida