Categories: Hiburan

Katanya Emma Maembong, Syed Abdullah Sudah Bernikah?

Emma Maembong dan Syed Abdullah, yang juga merupakan abang kepada Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq dikatakan sudah bernikah.

Terdahulu, hubungan pasangan tersebut terus menjadi tanda tanya netizen sejak gambar mereka berdua tersebar melalui sosial media dan dikatakan sedang hangat bercinta . Bagaimanapun, ‘caption’ gambar yang dimuat naik menjelaskan mereka hanya kawan baik sahaja.

Namun, hari ini tular lagi satu cerita dimana timbul dakwaan mengatakan bahawa Emma dan Syed Abdullah telah pun berkahwin.

Menerusi Instagram @memes_puaka, seorang individu mendedahkan bahawa Emma dan Syed merupakan pasangan suami isteri.

Individu itu turut mendakwa Syed Abdullah telah menunjukkan gambar pernikahan mereka berdua kepadanya. Menurut individu itu lagi, dia mendedahkan perkara tersebut kerana sudah melibatkan isu fitnah dan timbul rasa bersalah jika dia hanya mendiamkan diri sahaja.

Bagaimanapun, setakat ini masih tiada penjelasan lanjut daripada pihak Emma mahupun Syed Abdullah berhubung dakwaan tersebut.

SGMS Enal