Giliran Anak Shah Rukh Khan Pula Dikritik…

Anak perempuan kepada Raja Bollywood Shah Rukh Khan, Suhana Khan menjadi bualan hangat seluruh India.

Suhana yang kini berusia 18 tahun telah dipilih menghiasi muka depan majalah berprestij, Vogue India, baru-baru ini.

Anak perempuan kesayangan Shah Rukh Khan ini mungkin tidak begitu dikenali dalam dunia hiburan Bollywood.

Atas sebab demikian, ia mencetus kritikan di kalangan netizen. Nampaknya, segelintir besar di kalangan pengguna sosial media tidak bersetuju dengan pemilihan Suhana.

Ini kerana netizen menganggap pilihan Suhana Khan bukan sahaja tidak membawa apa-apa makna malah tidak relevan kecuali kerana dia anak kepada King of Khan, Shah Rukh.

 “Suhana dipilih menjadi cover Vogue India kerana dia anak bintang Bollywood yang hebat.”

Namun berbeza pula dengan si bapa yang amat bangga dan berpuas hati dengan paparan wajah anaknya di kulit muka majalah itu.

“Holding her in my arms again thanks to Vogue. ‘What imperfect carriers of love we are…” except when it comes to our children. So sending u all my love & a big hug. Hello Suhana Khan!” (Memeluknya dalam dakapan lenganku semula, terima kasih Vogue. Kasih sayang yang tak sempurna, kecuali ketika mendakap anak. Jadi, ingin saya sampaikan rasa cinta dan pelukan untukk anda semua. Halo Suhana Khan!), tulis Shah Rukh di laman Twitternya.

Dalam pada itu, Suhana dalam sebuah wawancara memberitahu dia benar-benar menyukai potret kulit majalah ini.

SGMS Faida