Hidayah Tak Rebut Harta Pusaka, Peguam Perjelas Rumah Arwah Ibu Ali Puteh Disita

Pempengaruh dan bekas peguam, Reina Lum tampil memberi penjelasan mengenai rumah arwah ibu pelawak Ali Puteh bakal disita untuk melunaskan tuntutan sebanyak RM60,000 kepada balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali seperti yang diperintahkan mahkamah.

Sebelum ini, Ali meluahkan rasa kecewa apabila masalah yang berlaku telah melibatkan rumah ibunya, Allahyarham Sabariah Arshad.

ARTIKEL BERKAITAN: Belum Mampu Bayar Hutang Hidayah Sebanyak RM60,000, Ali Puteh Terkejut Rumah Arwah Ibu Pula Bakal Disita

Menerusi perkongsian Reina di TikTok, mengikut sudut perundangan, rumah yang terletak di Gombak, Selangor itu sudah menjadi hak miliknya atau pendapatan masa depan Ali memandangkan ibunya telah meninggal dunia.

“Orang yang dah meninggal, tidak boleh memegang harta. Jadi rumah tu mengikut hukum faraid adalah future income Ali. Dari segi undang-undang, harta tu dia punya sebab ibunya sudah tiada,” katanya.

Selain itu, Reina berpendapat bahawa tindakan mahkamah itu adalah untuk memudahkan Ali berbanding dia terpaksa membuat pinjaman peribadi untuk membayar hutang tersebut.

“Daripada you ambil pinjaman peribadi, kena jual kereta atau sebarang harta untuk bayar balik hutang tu, baik you ambil je harta (rumah arwah ibu) yang akan datang kepada you. Jadi you takkan rasa pun you dah bayar (hutang),” ujarnya.

@reinalum Replying to @si_sepet86 Konsep #hartapusaka ✌🏼 #aliputeh #norhidayah #abambocey #bocey #undangundangmalaysia #viralmalaysia #hutang ♬ original sound – Reina Lum

Difahamkan, Ali atau waris ahli keluarga akan mendapat baki jika rumah arwah ibunya bernilai lebih daripada RM60,000.Pempengaruh dan bekas peguam, Reina Lum tampil memberi penjelasan mengenai rumah arwah ibu pelawak Ali Puteh bakal disita untuk melunaskan tuntutan sebanyak RM60,000 kepada balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali seperti yang diperintahkan mahkamah.

Sebelum ini, Ali meluahkan rasa kecewa apabila masalah yang berlaku telah melibatkan rumah ibunya, Allahyarham Sabariah Arshad.

ARTIKEL BERKAITAN: Belum Mampu Bayar Hutang Hidayah Sebanyak RM60,000, Ali Puteh Terkejut Rumah Arwah Ibu Pula Bakal Disita

Menerusi perkongsian Reina di TikTok, mengikut sudut perundangan, rumah yang terletak di Gombak, Selangor itu sudah menjadi hak miliknya atau pendapatan masa depan Ali memandangkan ibunya telah meninggal dunia.

“Orang yang dah meninggal, tidak boleh memegang harta. Jadi rumah tu mengikut hukum faraid adalah future income Ali. Dari segi undang-undang, harta tu dia punya sebab ibunya sudah tiada,” katanya.

Selain itu, Reina berpendapat bahawa tindakan mahkamah itu adalah untuk memudahkan Ali berbanding dia terpaksa membuat pinjaman peribadi untuk membayar hutang tersebut.

“Daripada you ambil pinjaman peribadi, kena jual kereta atau sebarang harta untuk bayar balik hutang tu, baik you ambil je harta (rumah arwah ibu) yang akan datang kepada you. Jadi you takkan rasa pun you dah bayar (hutang),” ujarnya.

Difahamkan, Ali atau waris ahli keluarga akan mendapat baki jika rumah arwah ibunya bernilai lebih daripada RM60,000.

Maya Basir