Maya Karin Sedang Kenal Hati Jejaka Kacukan Perancis? – “Saya Bertuah Dapat…”

Aktres Maya Karin mendedahkan dia kini sedang mengenali hati budi seorang lelaki berdarah kacukan Perancis sejak tahun lalu.

Memetik laporan Gempak, Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke berkata dia sangat terbuka untuk menjalin sebarang hubungan buat masa ini.

“Sebenarnya, tiada apa yang perlu dikongsikan pun. Saya bertuah dapat sokongan yang begitu kuat dari dia, rakan-rakan, keluarga dan jujurnya saya menikmati kehidupan saya.

“Kita tengoklah sejauh mana hubungan kami, kerana masing-masing pun sibuk dengan kerjaya.

“Tapi sememangnya sekarang saya merasakan sangat terbuka untuk menjalinkan hubungan atau persahabatan yang lebih dari normal,” katanya.

Dalam pada itu, bintang filem Munafik itu akui semakin matang dalam perhubungan dan lebih menjaga hatinya sendiri.

“Saya hanya berjalan mengikut arus, saya tiada tujuan ke arah lain lagi. Belum lagi boleh digelar sebagai teman istimewa, tapi cukup rapat yang mana dia sanggup datang ke majlis ini.

“Tapi semestinya saya terbuka untuk berkahwin lagi dan mencari pasangan hidup, namun saya tidak meletakkan harapan sebab sebelum ini pun saya pernah jatuh cinta selepas saya bercerai, hati berbunga-bunga tapi akhirnya putus. Sakit hati.

“Jadi sekarang ini saya lebih matang dan kalau jadi, jadilah. Saya pun mahu menjaga hati sendiri dan sebab insan yang paling menjaga hati kita adalah diri kita sendiri,” tambahnya lagi.

Untuk rekod, Maya pernah mendirikan rumah tangga bersama Steven David Shorthose atau nama Islamnya Muhammada Ali Abdullah pada 2008 namun berpisah dua tahun kemudian.

Sumber: Gempak

Khairil Khusyairi