Categories: HiburanSelebriti

‘Hilang Mana Dah Semangat…’- Sharnaaz Ahmad Beri Bayangan Masih Bersedih

Beberapa laporan berhubung keretakan rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan isteri, Noor Nabila Mohd Noor masih terus diperkatakan di sosial media.

Status serta sekeping gambar yang dimuatnaik oleh pelakon itu di Instagramnya, baru-baru ini seolah-olah memberi bayangan dirinya sedang dalam keadaan sedih.

” Saja nak habaq , mana pi mamat dalam gambaq ni tak tau, hilang mana dah semangat dia, jiwa dia…garang dia…watak dan perwatakan…walaupun menjelikkan dan menjengkelkan perangai mamat ni, tapi manis dan asam asam boi dia tetap ada… semoga kembali wahai sahabat jiwa…,” tulisnya.

Umum tahu, pelakon drama Cinta Bukan Kristal ini merupakan seorang yang suka bergurau dan sentiasa ceria orangnya. 

Namun sejak kebelakangan ini, kapsyen di beberapa keping gambar di Instagram Shaarnaz seolah memberi bayangan sedang berdepan masalah peribadi. 

Tinjauan di ruangan komen Instagram pelakon berusia 34 tahun ini juga memperlihatkan ramai netizen mengirimkan kata-kata semangat buat aktor berbakat ini.

Sharnaaz Ahmad berkahwin dengan Noor Nabila pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan anak lelaki bernama Jebat Jayden pada 30 Ogos 2018. 

Kami doakan agar Sharnaz dan Nabila terus mengecapi bahagia dalam rumah tangga seterusnya dapat membesarkan Jebat Jayden bersama. Insya Allah.

SGMS Faida