Categories: Hiburan

Hormat Permintaan Keluarga, Fattah Mohon Doa Peminat

Bertunang sudah, bernikah pun sudah. Nampaknya kejutan yang diberikan oleh pasangan merpati sejoli ini masih disebut-sebut sehingga hari ini!  Pelakon Fattah Amin memberitahu pihaknya dan keluarga ada sebab tersendiri untuk mengadakan majlis nikahnya secara tertutup.
“ Semua ini adalah permintaan keluarga dan saya perlu hormati,” kata Fattah yang dinikahkan oleh abang kandung Fazura.
Majlis nikah yang diadakan di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur sekitar jam 9.50 malam dihadiri oleh keluarga dan teman rapat.Fattah akui masih lagi menerima ucapan tahniah dan doa dari banyak pihak.
“ Alhamdulillah dan terima kasih, teruskan doa yang baik-baik untuk kami. Kami sentiasa mengharapkan doa yang baik-baik dari anda semua. Terima kasih banyak-banyak,” kata pelakon utama Coffee Prince ini.
Majlis resepsi bakal menyusul pada awal tahun depan, jangan lupa jemput team kami ya…diadakan di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur sekitar jam 9.50 malam dihadiri oleh keluarga dan teman rapat.Fattah akui masih lagi menerima ucapan tahniah dan doa dari banyak pihak.
“ Alhamdulillah dan terima kasih, teruskan doa yang baik-baik untuk kami. Kami sentiasa mengharapkan doa yang baik-baik dari anda semua. Terima kasih banyak-banyak,” kata pelakon utama Coffee Prince ini.
Majlis resepsi bakal menyusul pada awal tahun depan, jangan lupa jemput team kami ya…
SGMS Putri