Hubungan Diuji, Hafreez Adam Akui Tidak ‘Follow’ Tunang Di Instagram?

Pelakon Hafreez Adam mengaku hubungannya dengan tunang, Zara Zya dilanda dugaan pada masa ini.

Namun begitu, Hafreez memaklumkan dia sedang mencari penyelesaian terbaik untuk memulihkan keadaan.

“Saya yakin sudah cukup matang untuk mengawal situasi ini. Saya sedang berusaha mencari penyelesaian terbaik untuk situasi yang berlaku antara kami,” katanya kepada portal Harian Metro.

Sementara itu, Hafreez memaklumkan tidak lagi mengikuti Zara di Instagram. 

“Instagram adalah tempat saya berkongsi hal berkaitan kerjaya. Tambahan pula saya bukanlah seorang yang suka memuat naik hal peribadi sesuka hati.

“Jadi, bagi mengelakkan banyak masalah dan cerita-cerita kurang enak, saya nekad untuk ‘unfollow’ Zara di Instagram dan tidak membaca sebarang cerita negatif mengenainya di Instagram. Saya bimbang andai hubungan kami dilanda masalah, ada pihak cuba menokok tambah cerita,” katanya.

Tambah Hafreez, masalah yang melanda pada masa ini tidak lagi ke tahap putus tunang. 

“Sepanjang bercinta, kami tak pernah bergaduh. Hubungan berjalan dengan baik saja. Namun selepas bertunang, perkara lain pula terjadi.

“Saya kesal apabila ada pihak cuba menyebarkan cerita negatif mengenai kami. Bagaimanapun, saya enggan ambil serius dan menganggap perkara ini sebagai dugaan orang bertunang,” katanya.

Pasangan selebriti ini bertunang dalam majlis tertutup pada 12 Oktober lalu selepas dua tahun bercinta. 

SGMS Faida