“Hubungan Kami Memang Mesra” – Amira Othman

Kemesraan penyanyi Amira Othman bersama dua adik lelakinya iaitu Irfan Haris dan Haikal Iskandar, menerusi laman sosial, dikatakan lakonan semata-mata. Betul ke?

Namun, bagi penyanyi lagu Mimpi Indah itu, beliau terkilan dengan tuduhan netizen dan tidak menyangka perkongsian terbabit mengundang rasa kurang senang pada segelintir pihak.

“Sebenarnya, perkara ini sudah lama dibangkitkan sesetengah pihak. Mereka fikir saya terlalu ‘mencuba’ dalam menunjukkan kasih sayang kerana sering memeluk dan mencium adik lelaki saya, Irfan Haris.

“Padahal, secara jujurnya, bukan saja dengan Irfan, kami enam beradik memang rapat.

“Biarpun sudah besar panjang, misalnya yang lelaki sudah berjanggut dan bermisai, kami masih akrab.” Katanya 

Mustahil jika ibu bapa tidak suka hubungan mesra antara adik beradik kan? Menurut Amira, ibu bapa tidak pernah menghalang hubungan rapat dia dan adik-beradik lain kerana mereka juga ahli keluarga sendiri.

“Mereka sebaliknya gembira melihat kami saling membantu. Kata orang, air yang dicincang tidak akan putus. Begitulah hubungan kekeluargaan kami yang berkongsi darah daging sama,” katanya.

Terbaharu, Amira bakal tampil dengan single terbaharu, ciptaan adiknya sendiri, Irfan Haris.

“Jika diizinkan, saya berhasrat untuk tampil dengan single ciptaan Irfan. Dia lebih maklum kehendak saya dalam bidang muzik,” katanya.

Sumber: Instagram @amiraaothman

Sweet kan mereka? 

Biasalah, netizen kan gemar mencari kesalahan orang terutama makcik dan pakcik bawang kat luar sana? Eh!  Apapun,semoga Amira cekal dalam menghadapi kecaman dan cabaran dalam industri hiburan ini ya!

Ditulis Oleh : Nik Nur Amira

Ad Ops