Categories: Sihat

6 Perkara Kecil Yang Anda Boleh Lakukan Setiap Hari Untuk Hilangkan Stress

Stres memang menjengkelkan kerana ia mengacau kesejahteraan hidup anda.

Sebuah survey yang dijalankan oleh ahli psikologi Robert Epstein mendapati, 25% daripada kabahagiaan anda bergantung kepada bagaimana anda mengawal stres anda, menurut TIME.

Antara tanda-tanda fizikal yang anda sedang mengalami stres termasuklah sakit kepala, rasa nak meradang, kesusahan tidur dan perubahan selera makan.

Malangnya, anda tak boleh abaikan segala kerja dan tanggungjawab anda untuk tidur sekejap ataupun menghadiri kelas yoga untuk tenangkan fikiran.

Sebaliknya, ada beberapa perkara yang anda boleh buat setiap hari, dibuktikan oleh sains, untuk rehatkan badan dan minda.

1. Cakap dengan teman tentang apa yang membuatkan anda stres

Menurut sains, anda gerenti akan lebih lega setelah meluahkan perasaan anda kepada seseorang.

Sebuah kajian melibatkan 256 pelajar kolej mendapati, mereka yang telah berbuat demikian mengalami stres yang berkurangan apabila mereka terpaksa hadapi perkara yang berikan mereka stres.

2. Jom mewarna

Patutlah bisnes buku mewarna untuk orang dewasa tiba-tiba popular beberapa tahun lalu! Aktiviti mewarna mengaktifkan dua bahagian berlainan dalam otak kita, menurut pakar psikologi Gloria Martinez Ayala.

Perasaan relaks yang aktiviti ini berikan mengurangkan aktiviti pada bahagian amygdala, sesuatu bahagian dalam otak kita yang terlibat dalam pengawalan emosi yang terkesan oleh stres.

3. Pergi berjalan sekejap, kalau boleh di taman atau hutan

Foto: KieferPix/Shutterstock

Menurut pengkaji di Princeton Universiti, aktiviti fizikal boleh menyusun fikiran dalam otak untuk mengurangkan responsnya terhadap stres.

Tapi tak semestinya anda perlu pergi ke gym. Pergi jalan-jalan sekejap pada waktu rehat anda pun okay.

Kalau anda dikelilingi pokok-pokok ketika berjalan, anda akan dapat faedah yang lebih bagus untuk kesihatan mental dan fizikal.

4. Makan blueberry, turkey atau dark chocolate sebagai snek

Apa yang anda makan boleh beri efek penting kepada mood anda. Blueberry, contohnya, memberikan penambahan sejenis sel darah putih yang memainkan peranan penting dalam imuniti. Ini adalah kritikal dalam melawan stres.

Selain itu, daging ayam belanda, avokado dan dark chocolate adalah antara bahan makanan yang boleh kurangkan stres.

5. Minum kopi, tapi jangan banyak sangat

Meminum kopi dengan berlebihan boleh menyebabkan keresahan dan keradangan dalam mood seseorang itu. Tapi jumlahnya berpatutan, ia boleh memperbaiki mood peminum dengan mengeluarkan dopamine yang menghantarkan signal ke otak.

Sebuah kajian terhadap tikus mendapati, mereka yang diberi kafein tidak menunjukkan reaksi stres apabila terdedah kepada air sejuk atau apabila sangkar mereka disengetkan. Tikus yang diberi air nampaknya sangat tertekan, menurut Business Insider.

Pengkaji eksperimen tersebut membuat andaian yang ia mungkin disebabkan oleh kafein yang menghalang sesetengah reseptor daripada mengeluarkan respons stres.

6. Buat perancangan hidup

Foto: Shutterstock

Mungkin anda perlu “susun atur” hidup anda supaya anda tak menerima sebarang kejutan yang boleh mendatangkan stres.

Menurut ahli psikologi Robert Epstein, trick di sini adalah untuk melawan stres sebelum ia bermula. Maknanya anda atur dulu perkara-perkara dalam hidup anda daripada biar saja ia berlaku. Kalau bagus, tak apalah. Kalau ia merupakan sesuatu yang tak diingini? Haih.

Jadi, belilah sebuah buku planner dan rancang apa yang anda ingin buat pada hari ini, tahun ini, dan tahun-tahun yang akan datang.

Sumber: Insider

Ad Ops