“I Said Yes!”- Raja Ilya Dedah Status Terkini

Tahniah!

Pelakon tinggi lampai, dan tidak lokek senyuman ini akhirnya mendedahkan dirinya kini sudah menjadi tunangan orang.

Berita gembira itu telah dikongsikan oleh beliau sendiri menerusi laman instagram miliknya semalam. Gambar jari bersarung cincin serta caption yang mencuri perhatian rata-rata followers beliau ini telahpun mendapat 16,333 likes

 

Menurut Raja Ilya, kekasihnya yang dikenali sebagai TWG telah melamar beliau dihadapan keluarga ketika sedang bercuti di Langkawi baru-baru ini. 

” Ia adalah kejutan lamaran daripada TWG dan keluarga. Mereka merancang semuanya bersama teman baik saya di mana kami pergi ke Pulau Langkawi untuk suatu acara. Ketika di pulau itu, teman baik saya ajak makan malam di sebuah restoran dan tanpa diduga, TWG muncul sambil diiringi lagu romantik dan dia melutut didepan saya dan melamar…” Katanya

Menurut pelakon Love You, Mr. Arrogant ini, beliau mengenali tunangnya yang dikenali sebagai TWG itu sejak enam tahun lalu. 

” Saya kenal dirinya ketika bertugas sebagai pramugari Air Asia. Dan ketika itu dia menjadi penumpang saya. Tak sangka jodoh kami berpanjangan” Jelasnya.

Sumber : Instagram @rajailya

Tambahnya lagi, mengikut perancangan, hari bahagia mereka adalah pada tahun depan.  Namun tarikh bagi majlis bahagia pelakon ini masih dirahsiakan lagi. 

Terbaharu, Raja Ilya kini berada di Sri Lanka bagi menjalani penggambaran sebuah produk kecantikan berjenama anatarabangsa. 

Salma Syahbuddin