“I Sanggup Fight Penjarakan Family Puaka tu” – Syamsul ‘Block’ Lagi? Puteri Sarah Dedah Bukti Perbualan Tentang Dakwaan Tukar Perjanjian

Selepas membidas kenyataan suaminya Syamsul Yusof, pelakon Puteri Sarah Liyana tampil mendedahkan beberapa bukti mengenai dakwaan yang dilempar ke atasnya.

Menerusi hantaran di Instagram Storiesnya (IGS), Sarah berkongsi tangkap layar perbualannya bersama Syamsul.

Jelas Sarah, dia tidak pernah menyatakan untuk menarik semula saman terhadap keluarga Kazar sebaliknya hanya ingin menyelesaikan kemelut antara dirinya dan Syamsul.

Malah, Sarah juga memaklumkan yang suaminya itu kembali menyekatnya di aplikasi Whatsapp.

“Laaaa block i balik? Lemahhhh… haa ni nak bukti sangat. I tak pernah kata nak tarik balik saman dekat family Kaza.

I said kita settle it 1 by 1. Speak with facts bro,” tulisnya.

Pada hantaran lain, Sarah juga berkongsi tangkap layar perbualannya yang dihantar kepada Syamsul pada 12 April lalu.

Menerusi perkongsian itu, Sarah bertegas untuk melawan dan memastikan keluarga Kaza dimasukkan ke penjara atas perbuatan mereka termasuk Syamsul jika masuk campur.

Tambahnya, dia berbuat demikian kerana keluarga Kaza telah bersikap kurang ajar dengannya.

Kata Sarah, dia boleh berbaik dengan Syamsul tetapi bukan dengan keluarga Kaza malah dia berasa kesal kerana hak anak-anaknya iaitu Syaikhul dan Sumayyah juga terganggu.

“Bukan tak boleh nak bertolak ansur. Tapi janganlah dah bagi betis nak peha. Sekian,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: “Mutaah & Nafkah Tertunggak RM500,000” – Bidas Kenyataan Suami, Puteri Sarah Dakwa Ada Foto & Video Tak Senonoh Syamsul & Ira Sebelum Kahwin?

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Dia Minta Harta Lebih-Lebih” – Isu ‘Diskaun’ Nafkah, Syamsul Dakwa Puteri Sarah Tiba-Tiba Tukar Perjanjian

Atiqah Johari

Recent Posts