“Saya Tak Boleh Terima Apa Syamsul Buat Untuk Keluarga Perempuan Tidak Bermaruah itu!” – Datin Patimah

Sering meluahkan rasa hati di Instagram, ibu kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail sekali lagi berbuat sedemikian.

Terbaru, Patimah dilihat memuat naik foto menantunya, Puteri Sarah Liyana bersama anak-anak dengan kapsyen yang makan dalam susulan Syamsul membuat video penjelasan mengenai isu nafkah dan meminta penarikan semula kes saman terhadap keluarga isteri keduanya, Ira Kazar.

Kata Patimah, dia sebagai ibu akan sentiasa memaafkan anaknya.

Namun begitu, dia tidak dapat menerima tindakan yang telah dibuat Syamsul terhadap Puteri Sarah dan anak-anaknya semata untuk Ira Kazar dan keluarga.

“Sebagai ibu, saya memaafkan Shamsul TAPI saya tidak boleh terima apa yang dia buat kepada Puteri Sarah dan anak-anaknya untuk keluarga perempuan yang tidak bermaruah itu!” tulisnya.

Sebelum ini, Patimah turut meluahkan rasa kesal apabila Syamsul lebih mempercayai orang baharu berbanding ibu kandungnya sendiri.

Artikel Berkaitan: “Anak Lebih Percaya Orang Baru Dalam Hidupnya Berbanding Ibu Yang Melahirkan” – Patimah Ismail

Artikel Berkaitan: “I Sanggup Fight Penjarakan Family Puaka tu” – Syamsul ‘Block’ Lagi? Puteri Sarah Dedah Bukti Perbualan Tentang Dakwaan Tukar Perjanjian

Artikel Berkaitan: “Mutaah & Nafkah Tertunggak RM500,000” – Bidas Kenyataan Suami, Puteri Sarah Dakwa Ada Foto & Video Tak Senonoh Syamsul & Ira Sebelum Kahwin?

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Dia Minta Harta Lebih-Lebih” – Isu ‘Diskaun’ Nafkah, Syamsul Dakwa Puteri Sarah Tiba-Tiba Tukar Perjanjian

Atiqah Johari