Akui Takut Untuk Berkahwin, Riena Diana Titip Pesanan Padu Pada Penyondol! – “Tak Boleh Banyak Mulut, Jangan Harap Layanan Sama Dengan Madu”

Pelakon jelita, Riena Diana mengakui terkesan atas beberapa konflik rumah tangga yang dilalui oleh segelintir selebriti tanah air. 

Aktres drama komedi Kampung People ini berkata perkara tersebut sedikit sebanyak memberi impak kepada dirinya untuk tidak meletakkan harapan dalam sebuah hubungan yang tidak kira masa boleh terlerai. 

“Tak dinafikan, ada sedikit rasa takut dalam diri saya. Apa yang jadi sekarang ini buat saya fikir relationship saya ni akan jadi ke.. 

“Malah masa bercinta pun ada pasang surutnya, apatah lagi bila dah berkahwin, akan stick dengan orang tu je. 

“Tapi saya rasa kalau betul kita jumpa the one, and dia sanggup lalui susah senang bersama, insya-Allah kekal dan saya percaya pada jodoh. 

“Walaupun mungkin berpisah kita kena percaya itu adalah takdir yang telah ditentukan oleh Allah SWT.. Saya rasa berserah saja kot, sebab kalau takut sangat nanti tak kahwin pula..,” ujarnya. 

Di kesempatan itu, Riena yang pernah diuji dalam hubungannya bersama kekasih hati, Nik Afiq turut memberi pandangannya mengenai isu hangat iaitu penyondol rumah tangga. 

Menurut Riena, pihak ketiga atau penyondol adalah individu yang paling banyak makan hati dalam sebuah rumah tangga. 

“Kahwin dua atau tiga tu memang orang kata tak salah. Cuma bila dah ambil hak orang tu, kena merendah diri sikitlah sebab kita pun dah ambil hak orang.

“Kena sedar diri siapa, tempat dimana. Kena lebih banyak bersabar dan bertoleransi dengan isteri nombor satu. 

“Jangan kita dah ambil hak orang lepastu kita pula nak lebih-lebih. Itulah antara tips kalau nak jadi penyondol sebab saya rasa nombor dua ni kena banyak makan hati sikit. 

“Kalau kena maki pun, kena sabar je sebab dah ambil hak orang kan. Tak boleh banyak mulut, dan kita kena tahu bila dah jadi nombor dua, jangan expect akan dapat perkara sama seperti isteri nombor satu,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Berehat Jadi Penyampai Radio, Riena Diana Tumpu Bidang Lakonan

Aqilah Paharuzi