“I Suka You Buncit” – Linda Rafar Larang Suami Diet

Comel je video yang dikongsikan oleh bekas penyanyi kumpulan Elite, Linda Rafar dalam akaun instagram miliknya apabila melarang suaminya, pelakon Syed Aiman dari berdiet. 

“Orang diet, dia diet..sibuk! I tak suka you diet..I suka you buncit,” seloroh Linda di dalam video tersebut sambil memegang perut suaminya. 

Pemilik nama penuh Azlinda binti Rafar ini mendirikan rumahtangga  dengan  Syed Aiman pada 2006 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki. 

Menjengah ke ruangan komen, walaupun ada netizen yang kurang bersetuju dan lebih suka pasangan mereka menjaga badan, ramai juga rupanya yang bersetuju dengan Linda! Buncit itu seksi katanya!

Wah, nampaknya bukan Atikah Suhaime je yang suka lelaki buncit ya? 

Baca: Lepas Tak Jadi Kahwin Awi Rafael, Atikah Suhaime Kini Idam Lelaki Perut Buncit?

Kredit Foto: Instagram @lindarafar & @syedaiman75

Del14