Tidak Mengejar Glamor, Izara Lebih Menghargai Privasi

Memenangi tempat kedua dalam pertandingan Dewi Remaja tahun 2009/2010 telah memperkenalkan pelakon, Izara Aishah ke dunia lakonan. Aktif dalam dunia seni sejak 2011, Izara sering menjadi pilihan pengarah bagi drama-drama, telefilem dan juga filem kerana bakatnya yang menyerlah dan paras rupa yang cantik.

Namun demikian, pelakon ini mengakui sejak awal lagi dia bukan mengejar populariti dan bertekad untuk mempertaruhkan bakatnya kerana minat yang mendalam dalam bidang lakonan. 

“Dari mula berlakon, saya ajar diri supaya tidak terlalu mengejar glamor.  Saya berlakon kerana minat, malah kecintaan terhadap seni juga mendorong saya menyambung pelajaran dalam bidang Seni Persembahan. 

“Ketika mula menjadi artis, saya tidak tahu apa yang perlu dibuat, malah janggal memenuhi sesi fotografi untuk mempromosikan diri dan produksi yang saya jayakan.  Lama-kelamaan, baru saya faham dan belajar membiasakan diri dengan tuntutan bidang ini. 

“Namun, semua itu tidak pernah mengubah pendirian saya yang bekerja atas dasar minat,” kata Izara kepada BH Online. 

Pelakon, model dan usahawan ini juga lebih gemar berkongsi cerita tentang kerjayanya di laman sosial dan kurang mendedahkan hal peribadi. 

“Saya juga selesa menjaga privasi dan tidak mahu terlalu berkongsi perkara peribadi sehingga ada yang menegur supaya bersikap lebih terbuka,” katanya.

Baru-baru ini pelakon jelita ini pernah mengatakan bahawa dia mahu berehat sebentar dari dunia lakonan kerana ingin memberi tumpuan kepada kehidupan bekeluarga pula.

“Kami Sudah Bersedia…” – Izara Aishah Ambil Keputusan Cuti Berlakon

 

 

 

Del14