Tidak Tersenarai Dalam Anugerah Grammy, Peminat BTS Bengang?

Anugerah Grammy  atau Grammy Awards telah mengumumkan senarai calon yang layak dalam setiap kategori yang dipertandingkan bagi tahun 2020!

Anugerah Grammy yang dahulunya dikenali sebagai Gramophone Awards merupakan penanda aras bagi kejayaan penggiat seni muzik di serata dunia dan merupakan penghargaan tertinggi untuk artis tersebut di dalam dunia nyanyian.

Walau bagaimanapun, ada berita kurang enak buat peminat-peminat Kpop apabila kumpulan yang dianggotai oleh 7 orang ahli iaitu BTS  jauh tersasar daripada ramalan awal namun langsung tidak tersenarai dalam mana-mana kategori.

BTS atau Bangtan Seonyondan langsung tidak tersenarai dalam anugerah tersebut walaupun album mereka,  BTS Map of the Soul: Pesona bukan sahaja menjadi salah satu album terlaris di Amerika Syarikat malah seluruh dunia bagi tahun 2019.

 

BTS semasa Anugerah Billboard

Harapan peminat mereka yang dipanggil ARMY untuk melihat BTS tercalon bagi kategori itu musnah dan meluahkan rasa kekecewaan tentang perkara tersebut di laman Twitter.

 

Sumber: www.twitter.com.my

 

Sumber: www.twitter.com.my

 

Pada edisi Grammy tahun 2019 yang lalu, BTS ‘tercalon’ dalam kategori  teknikal iaitu ‘Best Recording Package’ bagi album ‘Tear’ tetapi  hanya dikreditkan pada Doohee Lee saja. Secara formaliti, BTS belum lagi tersenarai dalam mana-mana pencalonan anugerah Grammy yang dikreditkan ke atas pencapaian setiap ahli mereka.

Berdasarkan pencalonan senarai tersebut, rata-rata selebriti yang tersenarai terdiri daripada selebriti popular, maka tidak hairanlah wujudnya persaingan sengit dalam pemilihan Grammy kali ini.

Jom! Lihat  senarai artis yang tercalon bagi Anugerah Grammy tahun 2020!

 

Sumber: www.grammy.com.my

Syafiqa Irdina