“Ibarat Tak Boleh Buat Dosa & Kena Maksum” – PU Abu Mengaku Bukan Ustaz

Sering terpalit dengan kontroversi membabitkan rumah tangganya menjadikan pendakwah bebas, Pencetus Ummah Abu Suffyan atau PU Abu tidak layak digelar sebagai ustaz.

Kata pemilik nama sebenar, Mohd Abu Sufyan Mokhtar Rozaidi, 29, dia tidak selesa dipanggil dan diberikan gelaran itu kerana gelaran tersebut datang dengan tanggungjawab yang sangat besar.

Malah, dia menganggap gelaran ustaz yang diterimanya itu sebagai ujian buat dirinya apatah lagi terpaksa menjaga panggilan tersebut.

“Ketika saya mendapat gelaran tersebut daripada sebuah rancangan televisyen, saya sedaya upaya menjaga gelaran itu.

“Ini kerana saya lihat gelaran itu hakikatnya sebagai ujian besar untuk saya.

“Bila ada gelaran, ibarat tak boleh buat dosa dan kena maksum, memang berat. Jadi ini adalah saya, bukan ustaz atau PU (Pencetus Ummah).

“Dan saya tidak selesa digelar dengan panggilan itu kerana saya bukan ustaz. Memadai dan saya lebih suka orang panggil saya dengan gelaran Abu atau Abu Sufyan sahaja,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai isu kontroversi membabitkan golongan agamawan, Abu menjelaskan bahawa, individu yang bergelar ustaz juga merupakan manusia biasa dan tidak terlepas melakukan kesilapan.

“Setiap manusia ujiannya berbeza-beza tidak kiralah dia seorang ustaz, ilmuan agamawan mahupun insan biasa. Mereka juga manusia biasa yang tak terlepas daripada melakukan kesilapan,” jelasnya.

Terdahulu, PU Abu mengejutkan ramai pihak apabila dia kini mengakui rumah tangganya bersama kedua isterinya iaitu Ain Afini  dan Hana Azraa kini dalam fasa bahagia.

ARTIKEL BERKAITAN:Kembali Bersama Isteri Kedua, PU Abu Kini Bahagia Hidup Berpoligami…Siap Kongsi Tips! – “Peranan Suami Penting…”

ARTIKEL BERKAITAN:“You Rasa Hanya Jatuhkan Maruah Dia Tapi…” – Status Cerai Belum Disahkan, Isteri PU Abu Tulis Surat Terbuka Buat Hana Azra

ARTIKEL BERKAITAN:Hana Azraa Kembali Berbaik Dengan PU Abu – “Banyak Hati Kena Jaga”

 

Sumber: Kosmo

 

Salma Syahbuddin