Abai Notis & Tak Hadir Beri Keterangan Isu Nombor Plat Tak Berdaftar ‘QPA1’, JPJ Minta Bantuan Polis Kesan Suami Fatin Afeefa

Suami selebriti Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai dilaporkan telah mengabaikan arahan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk hadir beri keterangan berikutan kes nombor plat kenderaan jenis supercar McLaren.

Memetik laporan Harian Metro, pihak berkuasa telah memberi notis ke alamat rumahnya bagi merakam keterangan berkenaan penggunaan nombor pendaftaran ‘QPA1’ yang tidak didaftarkan atas kereta McLaren miliknya itu.

Namun begitu, difahamkan selepas 2 minggu notis diberikan, Opai masih tidak hadir ke pejabat JPJ.

“Kita sudah menyerahkan notis itu ke alamat rumahnya namun selepas 14 hari dia tidak datang.

“Jadi kita meminta bantuan polis kerana mereka ada kuasa untuk mengeluarkan waran dan mengesannya di rumah,” katanya.

Susulan itu, pihk JPJ meminta bantuan polis untuk mengesan Opai bagi memberi kerjasama dalam siasatan.

Aqilah Paharuzi