Ibu Saudara Kak KM, Aripah Damanhuri Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Kuman Pada Paru-Paru

Pelakon veteran yang juga ibu saudara kepada usahawan kontroversi, Kak KM iaitu Aripah Damanhuri,73, disahkan meninggal dunia pada jam 8.15 pagi tadi  akibat jangkitan paru-paru di Hospital Kuala Lumpur  (HKL).

Perkara itu dikongsikan oleh anak lelakinya, Fais Nurpais menerusi hantaran yang dimuat naik di laman sosial Facebook miliknya.

“Mak akhirnya pergi juga.Bagi sesiapa yang mengenali mak, Aripah Damanhuri, dukacita dimaklumkan mak baru sahaja meninggal dunia pada pukul 8.15 pagi di wad 23 HKL.

“Pohon sedekahkan doa kepada mak saya ya. Kalau mak ada apa-apa hutang yang belum langsai, hubungilah saya, InsyaAllah,” tulisnya.

Terdahulu, Allahyarham Aripah Damanhuri terpaksa ditidurkan selepas disyaki mendapat jangkitan kuman pada pada paru-parunya namun, menunjukkan perkembangan positif dan stabul sebelum dilaporkan meninggal dunia.

Untuk rekod, Allahyarham Aripah Damanhuri yang juga aktif dalam dunia lakonan telah memulakan kerjayanya sebagai pelakon pada tahun 1980 an dan antara drama lakonannya yang popular adalah, Antara Maghrib dan Isyak dan Airmata Maria selain filem Senario XX yang ditayangkan pada tahun 2005.

 

 

Sumber:Harian Metro

Salma Syahbuddin