Categories: Trending

Pelajar 14 Tahun Patah Pinggang Jatuh Jejantas

Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun cedera parah selepas terjatuh dari jejantas di sebuah sekolah menengah sekitar Kemaman, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, jejantas setinggi 10 meter yang digunakan pelajar berkenaan berhubung dengan dua blok akademik yang terletak di seberang jalan.

“Mangsa dikatakan mahu pergi ke blok bertentangan selepas selesai mengikuti sesi bacaan Yasin dan terjatuh ketika berada di jejantas tersebut pada 7.30 pagi.

“Polis yang mendapat laporan terus ke lokasi kejadian dan menghantar mangsa ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Selain itu, ketua polis itu turut menyatakan kejadian itu telah mengakibatkan pelajar tersebut patah pinggang.

Walaubagaimanapun, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian kerana pihak polis masih menjalankan siasatan terperinci.

Sumber: Harian Metro

Fatin Nurain