Categories: HiburanSelebriti

“IG I, Suka Hati I Lah!”. Siapa Buat Aishah Bengang?

Persembahan hebat dari penyanyi ‘legend’ Aishah sewaktu Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 (ABPBH 32) baru-baru ini mendapat pujian kerana masih ‘berbisa’.  Aishah atau nama penuhnya, Wan Aishah  Wan Ariffin (54) menyanyikan dua buah lagu, Kemaafan Dendam Yang Terindah dan Kau Pergi Tanpa Pesan sebagai persembahan penutup acara kemuncak itu.

Aishah yang teruja dengan perkongsian persembahannya  di instastory oleh para peminatnya pada malam itu telah memuat naik semula instastory mereka sebagai tanda perhargaan sokongan mereka yang tak berbelah bahagi.

Namun, ini telah menimbulkan rasa jengkel seorang netizen yang  menyelar tindakan penyanyi itu dan memanggilnya “orang tua sakai guna instagram”.

Here comes the haters, orang up komen-komen peminat dalam story pun dipanggil ‘orang tua sakai guna instagram’ hahahha hadoiii tak ada kerja lain ke? Kalau berani, awak berhadapan dengan saya dan cakap sendiri depan muka saya boleh?

“Itu kalau beranilah, tak kecut lontar batu sembunyi tangan di belakang gambar hodoh tu…malangnya hati awak yang lebih hodoh,” marah Aishah.

Siapa yang tak berang bila di ‘troll’ sebegitu rupa oleh netizen yang menggunakan akaun palsu, betul tak?

“Saya kongsikan semua ‘mention‘ sebagai apresiasi kepada pengikut saya, bukti yang saya baca setiap komen mereka,” katanya lagi. 

Takpelah Aishah, sorang benci, ramai lagi yang memuji. Mampu bertahan lebih 30 tahun dalam industri ini bukan calang-calang pencapaiannya. Walaupun kalah kepada Siti Nordiana dalam kategori Penyanyi Paling Popular ABPBH 32 baru-baru ini, yang penting, persembahan Aishah masih bertenaga dan mampu memberi saingan kepada pelapis-pelapis baru dunia seni tanahair. 

 

Del14