Hiburan By: Fatin Nurain February 2, 2023 @ 4:33pm

Ikmal Amry Masih Dalam Fasa Healing – “Saya Dah Kembali Happy, Cuma Nak Lupakan Tu Susah”

Selepas kejadian tragis menimpanya sekeluarga, pelakon Ikmal Amry menyatakan dirinya kini masih dalam fasa pemulihan akibat trauma daripada kemalangan jalan raya yang berlaku pada tahun lalu.

Terdahulu, Ikmal telah memaklumkan dirinya bersama isteri dan anaknya berhadapan dengan detik cemas apabila kereta yang dipandunya terbalik gara-gara hilang kawalan, September lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya, Ikmal Amry Sekeluarga Syukur Terselamat

ARTIKEL BERKAITAN: “Hari-Hari Saya Rasa Bersalah” – Anak, Isteri Ikmal Amry Trauma Selepas Kemalangan

Menurut Ikmal, dia kini sedang mencuba untuk kembali aktif semula dalam industri seni biarpun kejadian yang menimpanya itu masih sukar untuk dilupakan.

“Lepas accident hari tu saya stress dan anxiety. Nak jumpa orang pun saya tak berani. Ni pun saya baru nak slowly cuba balik, macam dulu nak jumpa orang macam biasa. So, benda tu mengambil masa la untuk pulih tu. Healing orang kata.

“Even saya nak shooting pun belum sedia lagi, 7 bulan dah saya cuti. Dia mengganggu saya dari segi mental, rasa diri tak confident sampai muka saya breakout.  Sekarang saya dah kembali happy macam dulu cuma nak lupakan tu susah,” katanya.

Meskipun dirinya mengakui perbelanjaannya agak terjejas selepas insiden tersebut, Ikmal tetap berasa lega kerana masih boleh membuat pendapatan menerusi ‘review’ dan mempunyai simpanan sendiri.

Dalam pada itu, Ikmal turut menyatakan dirinya agak tawar hati dengan sesetengah produksi selepas insident yang berlaku.

Malah, kini dirinya memilih untuk menjadi lebih selektif dalam menerima sebarang tawaran yang datang kepadanya.

“Accident yang berlaku tu berkaitan dengan shooting juga. Jadi saya ada tawar hati juga dengan produksi dengan apa yang dia buat kat kita. So nak dapatkan kepercayaan balik tu susahlah.

“Mungkin untuk orang yang saya kenal, betul-betul tahu produksi ni dah pernah bekerja baru saya terima tawaran tu.

“Saya ada dapat tawaran tapi saya anggap tak ada rezeki sebab kebanyakkan lokasi penggambaran jauh. Saya macam trauma sikitlah,” jelasnya.

Perkongsian tersebut telah dibuat oleh Ikmal ketika ditemui di Majlis Pra-Pelancaran dan Sidang Media Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya di Malaysia International Trade and Exhibition Centre, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Ikmal juga bakal terlibat dengan Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya di Malaysia International Trade and Exhibition Centre, Kuala Lumpur, yang akan diadakan pada 14 sehingga 17 April 2023 ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Sempena Anniversary Perkahwinan Ke-2, Ikmal Amry Beri Hadiah Volkswagen Pada Isteri

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Jadi Anxiety Bila…”- Terbabit Kemalangan, Ikmal Amry Alami Trauma… Dedah Kos Baiki Kereta Cecah RM75,000

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Terlibat Dengan Adegan Panas Filem Pulau, Ini Respons Ikmal Amry – “Siapa Tak Suka, Tak Perlu Tengok”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 27 Jan 2023

‘Inni Tawakkaltu’ Untuk Penguat Semangat, Hafiz Hamidun Muncul Single Baharu

Kesedihan dan kesusahan yang kita alami tidak selalunya difahami oleh semua orang – Hafiz Hamidun

Trending Hari Ini Wed, 3 Jun 2020
Trending Wed, 11 Aug 2021
Hiburan Sat, 5 Jan 2019

Ini Respon Win Intan Liana Bila Tahu Izreen Azminda Mengandung

Bukan main lagi Intan eh, dah ada pengganti ke tu?

Hiburan Tue, 30 Jul 2019

Sindir Penyanyi Muda ‘Bodoh’, Nabila Huda Beri Penjelasan

Harap dipermudahkan segala masalah mereka

Hiburan Wed, 25 Sep 2019

Ratu Rock Ella Skylovers Rupanya!

Banyak kali ulang tengok gelagat Ella!