Imbau Memori Manis Membesar Di Rumah Flat, Alif Satar Beri Pesanan Jangan Lupa Asal Usul – “Terbang Tinggi Mana Pun…”

Selebriti berkaliber, Alif Satar berkongsi sebuah perkongsian di Instagram miliknya mengimbau kenangan lalu ketika menetap di rumah flat bertempat di Wangsa Maju.

Menurut Alif, dia menetap di rumah tersebut sejak tahun 1990 sehingga umurnya mencecah darjah satu kemudian berpindah ke luar negara demi mengikuti ibu bapanya yang mendapat tawaran belajar di United Kingdom (UK).

“Baru-baru ini Alif ada bagi tahu waktu interview dalam studio sembang dengan Amelia Henderson yang Alif adalah salah seorang budak flat.

“Ni haa Blok E1, Wangsa Maju seksyen 2. Kami tinggal sini dari tahun 1990 sampai darjah satu sampai 1997 kemudian kami berpindah ke UK sebab dapat scholarship belajar sana.

“Balik dari UK, kami duduk balik wangsa maju sampai tahun 2000. Baru la pindah ke Hartamas. Babe, kat sini lah Alif membesar waktu kecil dulu. Macam-macam memori Alif kumpul dekat sini.

“Paling best bila bawak anak-anak jalan haritu, rupanya jiran-jiran lama dulu pun dok ada lagi kat sini. Kind loving people they all are, and I wish them all the best,” tulisnya.

Sementara itu, Alif sempat menitipkan pesanan kepada pengikutnya untuk sentiasa merendah diri dan tidak bongkak sekiranya telah berjaya kelak.

“Doesn’t matter how high you soar, never forget your roots.. Hormat orang tua, hargai cikgu-cikgu. Appreciate and remember the people who got you there along the way,” tambahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti meluahkan rasa teruja terhadap perkongsian pelantun lagu Anugerah Terindah itu.

Ramai dalam kalangan mereka yang melabel Alif sebagai selebriti contoh kerana bukan sahaja berbakat dalam dunia seni hiburan, tetapi juga mempunyai keperibadian diri yang mulia.

Aqilah Paharuzi