Suami Miera Leyana Didakwa Bawa Lari Anak Tanpa Pengetahuan Bini Pertama? – “Dah 23 Hari Berlalu, Tak Adil Awak Tuduh Saya…”

Nama suami pelakon Miera Leyana iaitu Rosland Othman sekali lagi menjadi perbualan hangat selepas pendedahan dibuat oleh anaknya, Izzah Rosland di media sosial baru-baru ini mencuri perhatian.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Izzah mendakwa bapanya itu telah ‘membawa lari’ adiknya, Anisa secara senyap tanpa pengetahuan ibunya.

“Bukan sahaja ibu saya disekat, tapi saya juga disekat okeh ayah. Dipendekkan cerita, ayah saya mengambil adik saya pada 12/2 tanpa pengetahuan ibu saya.

“Sudah 23 hari berlalu semenjak kali terakhir kami berjumpa dengan adik saya. Sebelum ini adik saya dimasukkan ke hospital tetapi ibu saya dihalang untuk menjenguk adik di wad,” dedahnya.

Menerusi hantaran sama, Izzah turut memuat naik luauan aktivis terkenal, Mona Din yang berkongsi penderitaan dilalui oleh isteri pertama Rosland, iaitu Adibah Abdul Mutalib.

Dalam perkongsian tersebut, Mona Din mendedahkan mesej yang dihantar oleh Adibah kepadanya mendakwa anak perempuan kecilnya itu dibawa oleh adik dan adik ipar suami dan kemudian dihantar kepada bapanya.

Berdasarkan entri tersebut, Adibah turut berkongsi luahan perasaan yang dihantar kepada suaminya dengan berkata tidak adil untuk menjauhkan dirinya bersama anak perempuan yang masih kecil.

“Saya tahu awak ayahnya.. tapi mengambil Anisa dari saya tanpa persetujuan sangat tidak wajar dan tidak menghormati saya.

“Awak telah memisahkan dia dari saya ibunya dan kakak-kakaknya.

“Tak adil untuk awak menuduh saya tak menjaga kebajikan anak saya dengan baik. Saya sedang mencuba sehabis baik meskipun tanpa awak disisi,” tulis Adibah.

Sebelum ini, Adibah menegaskan tidak mahu berpisah dengan suaminya itu, namun hanya mahu menuntut hak nafkah sebagai isteri dan untuk anak-anak.

Artikel Berkaitan: Hanya Mahu Tuntut Nafkah… Madu Miera Leyana Enggan Cerai, Masih Sayang Rumah Tangga – “Pulanglah & Berbincang…”

Artikel Berkaitan: Dakwaan Suami Abai Nafkah Madu, Miera Leyana Hampir Jadi Singa Gara-Gara Diserang Netizen Mulut Celupar

Aqilah Paharuzi