Impian Jadi Kenyataan, Syamel Mampu Beli Kereta Mewah Okay!

Antara penyanyi yang berjaya menjadi 12 finalis Anugerah Juara Lagu Ke-33 (AJL33) ini, akhirnya mampu membeli kereta idaman beliau iaitu kereta Mercedes Benz CLA 250 berwarna hitam yang digelar sebagai Benzy.

Menurut Syamel, ini adalah hasil kerja keras beliau sepanjang tiga tahun berada dalam industri. Malah, sikap beliau yang suka menyimpan itu membantu merealisasikan impiannya memiliki kereta tersebut. Benzy dibeli beberapa hari sebelum hari ulangtahun penyanyi ini iaitu pada 26 November lalu.

“Sudah lama Syamel menyimpan angan-angan untuk memandu kereta ini. Alhamdulillah, berkat kerja keras dan hasil sikap jimat cermat, impian untuk membeli kereta ini menjadi kenyataan. Selain kepuasan, kereta ini juga syamel anggap sebagai peringatan untuk bekerja keras. Memandangkan dahulu Syamel asyik berbelanja sebab tak banyak komitmen. Sekarang, ianya sedikit-sebanyak mengajar kita untuk lebih bertanggungjawab” Katanya
Mengakui sangat teruja untuk beraksi pada AJL 33 nanti, Syamel bagaimanapun, berdebar kerana persaingan sangat sengit pada kali ini. Terutamanya apabila melibatkan penyanyi-penyanyi berpengalaman seperti, Misha Omar dan Siti Sarah.
Apapun, semoga terus berjaya buat Syamel. Bagi sesiapa yang belum tengok persembahan Syamel pada separuh akhir muzik-muzik ke-33 baru-baru ini bolehlah ke laman Youtube rasmi TV3 Malaysia Official.
Salma Syahbuddin