Categories: Eat Travel

Guna 4 Bahan Sahaja Nak Buat Apam Milo Viral Ini

Milo sememangnya popular dengan rasanya yang sedap.  Rasanya yang kaya dengan coklat memang memukau selera semua lapisan umur. Bukan saja sedap untuk dibuat minuman, Milo juga boleh digunakan dalam pelbagai hidangan termasuklah kek, kuih-muih dan sebagainya.

Kali ini penulis nak kongsikan resipi apam Milo yang dikongsikan oleh saudari Fathihatul Hakimah di laman Facebooknya. Perkongsian yang mendapat 9.3K likes dan 64,493 shares membuatkan resipi ini viral dan ramai yang ingin mencubanya. Resipi ini sangat mudah dan menggunakan 4 bahan sahaja. Jom semak!

Bahan-bahan yang diperlukan

Foto: Facebook

  • 6 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula pasir (kurangkan kalau tak suka manis)
  • 1/2 cawan Milo

Cara membuatnya

1. Pukul telur dan gula sampai berbuih, putih dan kembang. Kalau nak guna mesin pengisar pun boleh. (Pastikan ia betul-betul kembang kalau tidak apam tidak naik)

3. Kemudian, bahagikan adunan kepada dua bekas, satu adunan boleh letak pewarna lain, dan satu bekas lagi letak Milo dan kacau hingga sebati.

Foto: Facebook

4. Tuang secara selang seli dalam loyang. Kalau nak nampak cantik, leretkan lidi atau garfu untuk nampak berbunga-bunga.

Foto: Facebook

5. Seterusnya, kukuskan adunan selama 20 minit (air kukusan mesti dah mendidih dulu).

6. Siap!

Foto: Facebook

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook

tex_admin