Categories: Trending

Syed Saddiq Tersenarai Dalam Top 20 Belia Yang Paling Berpengaruh Di Dunia Untuk 2018

Rangkaian global Apolitical baru-baru ini telah menamakan Syed Saddiq Abdul Rahman sebagai salah seorang daripada 100 belia paling berpengaruh untuk tahun ini.

Senarai ini digelar sebagai “2018 list of 100 Future Leaders: The World’s Most Influential Young People in Government”.

Ia memberi penghormatan kepada anak-anak muda (berumur 35 tahun ke bawah) yang “meninggalkan impak di awal perjalanan kerjaya dalam industri politik negara mereka.”

Menurut laman webnya, Apolitical berkata, “Ketua-ketua muda ini patut diperhatikan kerana merekalah yang akan terus membuat transformasi besar ke atas kerajaan-kerajaan mereka pada masa akan datang.”

Syed, 25, bukan saja tersenarai tapi dia berada dalam Top 20! Wah!

Foto: Syed Saddiq

Maklumlah, dia merupakan Menteri Belia Dan Sukan Malaysia, ahli Kabinet Malaysia termuda, Ahli Parlimen Muar dan juga Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Hebat!

“Golongan belia tak sepatutnya dipinggirkan tapi diutamakan dalam proses membina negara,” kata Syed.

“Ini merupakan satu penghormatan bagi saya untuk terpilih sebagai salah seorang anak muda paling berpengaruh di dunia pada tahun ini.

“Tapi penghormatan yang lebih besar adalah peluang untuk berkhidmat demi golongan belia di Malaysia. Saya mendedikasikan pemilihan saya (dalam senarai Apolitical) ini kepada mereka.”

Foto: mStar

Senarai ini adalah berdasarkan pencalonan dari kerajaan-kerajaan dunia, organisasi antarabangsa seperti United Nations, universiti-universiti serta perniagaan-perniagaan di dunia.

Juga terpilih adalah Alexandria Ocasio-Cortez, Ahli Kongres wanita termuda Amerika Syarikat dan Camila Vallejo, ahli politik Chile. Senarai penuh boleh didapati di laman web Apolitical.

Sebuah platform antarabangsa yang berpusat di London, Apolitical bertujuan untuk menolong penjawat awam mencari penyelesaian bagi masalah rumit yang melanda masyarakat zaman kini.

Sumber: Malay Mail

Ad Ops