Indah Ruhailah Makin Teliti Cari Lagu?

Semenjak mendirikan rumah tangga pada 24 Disember  lalu, kerjaya nyanyian penyanyi ini dilihat semakin perlahan, namun itu bukanlah hint bagi beliau untuk terus senyap dalam industri.

Menurut penyanyi ini, ketiadaan lagu baharu antara faktor nama beliau semakin perlahan dalam industri. 

” Sebenarnya saya masih aktif menyanyi, malah undangan menjayakan persembahan pentas masih diterima. Mungkin disebabkan kurang mendapat publisiti ada yang menganggap saya sudah tidak aktif. Suami tidak pernah melarang atau mengongkong cuma saya perlukan sedikit masa untuk cari lagu yang sesuai. Dan sekarang, saya akui semakin teliti mencari lagu utnuk ulang semula magis lagu Percayalah.” Katanya

Sumber : Instagram @indahruhailah

Namun, Indah sempat berkongsi cerita bahawa beliau sedikit sebanyak menyandarkan harapan pada lagu Pudar, ciptaan Amylea Azizan yang akan menjadi runut bunyi bagi drama yang popular Ramadan lalu iaitu , Nur 2.

Sumber : Instagram @indahruhailah

” Saya difahamkan lagu itu disesuaikan dengan satu karakter baru yang bakal ditampilkan dalam kesinambungan drama tersebut. Dan, semestinya saya sendiri tidak sabar menantikan feedback dari peminat terutamanya apabila lagu Tak Pernah Hilang, nyanyian Kaer Azami dan Amylea menjadi fenomena pada ketika itu” Tambahnya.

Sumber :Instagram @indahruhailah

Selain lagu Percayalah, Indah Ruhailah juga terkenal dengan lagu Di Sebalik Takdir  duet bersama Ewal dan Semua Untuk Cinta.

Jadi kepada semua peminat Indah Ruhailah, sabar okay! Lagu baharu dari penyanyi kesayangan korang ni is on the way!

Salma Syahbuddin