Individu Dakwa Mata Bella Astilah Bengkak, Ramai Tampil Backup – “Itu Bayang!”

Perkongsian terkini pelakon dan penyanyi, Bella Astilah yang memuat naik swafoto tanpa sebarang calitan alat solek telah mencuri perhatian ramai di media sosial.

Berdasarkan hantaran tersebut, terdapat segelintir pihak yang memberikan tumpuan kepada mata Bella.

“Tak nak kira tahi lalat, tapi nak tanya kenapa dekat mata tu bengkak?” soal individu berkenaan.

“Minta maaf, tapi saya tak rasa dia suruh kita kira tahi lalat. Kalau dizoomkan betul-betul bahagian mata belah kanan, macam ada kesan lebam dekat kelopak mata belah kanan dia… Saya sorang je ke yang perasan? Atau ada yang perasan juga tapi tak berani tegur? Maaf kalau andaian saya salah,” tambah netizen lain.

Meskipun segelintir pihak membuat andaian berikut, namun begitu rata-rata netizen tampil mempertahankan Bella dan meminta netizen tersebut untuk tidak menimbulkan isu.

Ramai dalam kalangan mereka menganggap kesan lebam yang didakwa tersebut adalah bayangan cahaya daripada tingkap kereta.

Bagaimanapun, Bella tidak memberi sebarang reaksi atau respons mengenai dakwaan netizen tersebut.

Sebelum ini, kisah rumah tangga Bella dan suaminya, pelakon dan penyanyi Aliff Aziz hangat menjadi  sebutan ramai di media sosial selepas timbul dakwaan diganggu oleh pihak ketiga yang juga merupakan aktres jelita.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Dia ‘Missed Call’ 8 Kali, Non Stop Mesej Di WhatsApp… Dia Kata Dia Bodoh Kerana ‘Tersuka’ Suami Saya” – Bella Astillah Dedah Pelakon Wanita Cuba Try Aliff Aziz

Artikel Berkaitan: “Saya Tak Nafi Apa Yang Bella Astillah Dedahkan” – Lerai Persoalan, Aliff Aziz Jawab Spekulasi Dengan Sophia Albarakbah

Artikel Berkaitan: “I Tak Nak Buat Statement Sebab…” – Sophia Albarakbah Tampil Perjelas Kontroversi Ganggu Rumah Tangga Aliff Aziz & Bella Astillah

Aqilah Paharuzi