Individu Minta Jangan Percaya Lelaki Tanam Jambang, Sharnaaz Ahmad Tampil Bersuara – “S*batnya Dia Ni, Main Personal! Lain Kali Jangan…”

Isu tanam jambang mula tercetus selepas konflik rumah tangga personaliti media sosial, Alif Teega dan pempengaruh Aisyah Hijanah menjadi sebutan di media sosial sejak petang Ahad.

Ramai yang meluahkan rasa amarah dan emosi dek perbuatannya yang telah curang meskipun Aisyah setia disisinya, malah netizen turut mengkritik penampilan Alif yang terutamanya rupa hasil tanaman jambangnya itu.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, isu tidak mempercayai lelaki tanam jambang ini juga telah menarik perhatian pelakon sensasi, Sharnaaz Ahmad yang juga pernah menanam rambut dan jambang.

“Jangan percaya lelaki yang tanam jambang,” tulis individu wanita berkenaan di platfotm X.

Susulan itu, aktor file The Original Gangster ini tidak berdiam diri dan membidas komen tersebut yang meluahkan rasa berang apabila individu berkenaan dikatakan menyentuh isu peribadi.

“Alaa sibatnya dia ni. Main personal ni. Lain kali jangan tanam guna pembaris nanti orang benci,” bidasnya.

Bagaimanapun, individu berkenaan sudah pun memadam ciapan tersebut.

Artikel Berkaitan: Dikritik ‘Terpaling Tersakiti’, Individu Bandingkan Fizi Ali Dengan Sharnaaz Ahmad Jaga Hubungan Bersama Bekas Isteri… Ini Respons Tuan Badan – “Tak Sama..”

Artikel Berkaitan: “Lantak Kau Lah Bang! Aku Doa Kau Enjoy Dengan Perhatian Yang Kau Cari” – Puas Tegur Cara Baik, Sharnaaz Ahmad ‘Malas’ Layan Azhar Sulaiman Isu Palestin

Artikel Berkaitan: “Doa Untuk Anak Kita Je, Both Of Us Ada Kehidupan Masing-Masing” – Netizen Tak ‘Give Up’ Minta Berjodoh Dengan Sharnaaz Ahmad,  Noor Nabila Tampil Beri Respons!

Aqilah Paharuzi