Individu Persis Shuib Jadi Tumpuan, Ini Respon Tuan Empunya Badan… – “Tolong Tag Dia Please, Teringin Nak Jumpa”

Usahawan dan pelawak terkenal, Shuib sekali lagi menjadi tumpuan warganet apabila memuat naik sebuah foto seorang individu yang mempunyai wajah seiras dengan wajahnya.

Menerusi muat naik di Instagram, Shuib memuat naik foto seorang individu yang berpakaian uniform yang dikatakan mempunyai mirip wajah yang sama dengannya.

Shuib berkata wajah individu tersebut seakan sama dengannya tapi menafikan individu tersebut adalah dirinya.

“Ye, macam sama, tapi bukan, salah, salah,” tulis Shuib di ruangan kapsyen.

Tambah Shuib, dia bertanya kepada pengikutnya adakah sesiapa mengenali individu tersebut malah mengakui teringin bertemu dengan individu yang dikatakan mempunyai raut wajah yang sama dengannya itu.

“Ada yang kenal abang ni? Tolong tag dia please.

“Teringin nak jumpa,” kongsi Shuib.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sama mereka dengan mengatakan wajah individu tersebut mirip dengan pelawak terkenal itu.

Malah ada juga yang mempercayai bahawa individu dalam foto tersebut adalah Shuib.

Khairil Khusyairi