Individu Suruh Pergi Pejabat Kadi, Zarina Anjoulie Beri Hint Dah Kahwin?

Pelakon Zarina Anjoulie mencuri perhatian netizen apabila memberi bayangan bahawa dirinya sudah berkahwin dengan seorang lelaki yang bernama Datuk Sri Khazrul Elzey.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, Zarina atau lebih mesra disapa Anju memuat naik video bersama dengan lelaki tersebut sambil berpegangan tangan di atas pehanya.

“Missing you everyday my love. So lucky to have you and of course our kids,” tulisnya di kapsyen.

@zarinaanjoulie_elzey missing u everyday my luv ❤️❤️❤️ so lucky to have u n of course pur kids #gabrielmartin #juliasharapova ♬ In Love With You – BLVKSHP

Meninjau di ruangan komen, aksi mesranya itu mengundang komen individu yang menyuruhnya untuk segera bernikah.

“Sampai ke peha dah tu apa lagi. Corner pergi pejabat kadi terus je la,” ujar netizen.

“Mana awak tahu belum?,” jawab Anju.

Namun, beberapa jam kemudian, Anju memadam komen tersebut dan membalas semula komen tersebut dengan ayat berjenaka.

“Saya dah on the way nak pergi pejabat kadi haritu, kereta pulak takde minyak. Terpaksa tangguh,” balas Anju.

Berdasarkan pemerhatian Xtra, teman lelaki Anju yang dikenali sebagai @ur44.8 di akaun TikTok turut memuji kepribadian ibu kepada seorang anak ini dan mengajaknya untuk berkahwin.

“A woman I have never met she is very loving and responsible and very good mannered!

“Syukur Ya Robb temukan aku dengan orang yang sangat baik untuk Pova dan diri ku. Aamen syukur nikmat Allah.

“Anjou will you marry me?,” katanya di kapsyen.

@ur44.8 a woman I have never met she is very loving and responsible and very good mannered! syukur ya robb temukan aku dengan orang yang sangat baik untuk pova dan diri ku. aameen syukur nikmat #Allah! #juliasharapova Anjou will you marry me? 🤗 #fyp love you #martin ♬ original sound – David

Maya Basir