‘Industri Seni Tak Adil’- Abon

Biar pun pernah bergelar juara pertandingan lawak popular pada tahun 2011, pelakon dan pelawak, Abon, 58, berpendapat industri seni masih melayan anak seni sepertinya dengan cara tidak adil.

“Saya sedih dengan rakan-rakan artis veteran dalam Persatuan Artis Veteran seramai 48 orang yang kalau tiada cerita untuk mereka, tiadalah.

“Mereka ini juga yang akan menjadi penerima bantuan sara hidup pada Aidilfitri ini,” katanya.

Abon bersyukur kerana walaupun sudah mengambil keputusan berhenti berlakon, rezekinya dalam bidang pengacaraan dan bisnes tetap ‘kencang’.

“Saya mungkin lepas tapi kawan-kawan saya yang lain macam mana? Contohnya saya masih ada peluang untuk buat ‘dinner show’, majlis kahwin dan berniaga secara kecil-kecilan,” katanya.

Pada masa ini Abon turut sibuk sebagai usahawan produk seperti snek bilis dan roti sarang lebah.

Oleh: Endy Ashari

SGMS Faida