Featured By: Fatin Nurain December 13, 2022 @ 3:00pm

Ingin Cuba Watak Berbeza, Alvin Chong Dedah Pernah Ditolak Berlakon Filem Aksi Gara-Gara…

Kerap muncul menerusi drama-drama cinta di stesen televisyen, pelakon Alvin Chong mengakui teringin untuk membuat kemunculan dalam filem dengan watak yang berbeza.

Menurut Alvin, dia pernah menerima tawaran untuk berlakon dalam beberapa buah filem, namun terpaksa menolaknya kerana watak yang ditawarkan tidak memberikan impak besar kepada penonton dan lakonannya.

“Saya ada dapat tawaran berlakon filem, tapi kebanyakkannya untuk watak cameo. So, kalau watak tu tak menonjol sangat dan tidak memberikan apa-apa impak kepada penonton saya takkan terima.

“Bukan sebab saya sombong. Tapi saya nak filem pertama saya beri impak yang istimewa untuk saya juga.

“Saya teringin nak bawak watak psycho yang macam bipolar yang muka nampak baik tapi sebenarnya jahat. Something yang special la atau jadi detektif ke,” katanya.

Dalam pada itu, Alvin juga mendedahkan dia pernah ditolak untuk berlakon dalam sebuah filem ketenteraan gara-gara wajahnya yang terlalu jambu dan tidak sesuai dengan genre filem tersebut.

“Saya pernah pergi casting untuk sebuah filem ketenteraan ni, tapi manager dia cakap lakonan saya bagus cuma rupa saya tak seperti askar. Tapi, bagi saya benda tu boleh dilatih,” katanya.

Biarpun terpaksa akur dengan kenyataan tersebut, Alvin turut berharap agar sesetengah produksi sedar untuk menilai seseorang pelakon itu berdasarkan bakatnya demi memajukan industri hiburan tanah air.

Perkongsian tersebut telah didedahkan oleh Alvin ketika ditemu bual untuk mempromosikan drama terbaharunya Kerana Cinta Itu Ada, baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, pelakon itu juga menyatakan dia ingin mula memberikan tumpuannya kepada bidang muzik bermula tahun hadapan.

“Next year saya akan beri tumpuan kepada muzik kot. Sebab saya sangat suka menyanyi, saya dah start menulis lagu sendiri tapi tidaklah sampai nak masuk AJL ke apa cuma sebab saya sangat suka muzik.

“Lagipun saya nak orang tahu tentang saya lebih mendalam sebab saya selalu rasa peminat pelakon ni cuma suka watak yang kita pegang je dan kadang-kadang minat itu tidak tetap. Bila menyanyi ni, kita dapat luahkan apa yang kita rasa dalam lagu tu,” jelasnya.

Malah, Alvin juga menyatakan dia akan memperlahankan kerjaya lakonannya dan mula memilih setiap naskhah yang ditawarkan kepadanya demi mencuba watak yang berlainan berbanding sebelum ini.

“Kurangkan yes, saya akan lebih memilih dari segi skrip dan jalan ceritanya. Kalau genrenya kisah cinta, mungkin tak kot sebab saya dah banyak kali bawa watak tersebut sampai mostly saya dah tahu dah nak buat apa,” katanya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 9 Jul 2018

Chef Wan Tempelak Netizen, Saran Contohi Menteri Termuda

Dalam pada itu, Chef Wan memberitahu sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya bersyukur atas sikap yang ditunjukkan Menteri muda ini berbanding kata-kata netizen yang busuk hati. Haih, netizen semua…sebelum menulis tu fikir dulu ya!

Events Mon, 5 Mar 2018

Anuar Zain impikan ‘Royal Albert Hall, London’

“Siapa tak nak pergi ke luar Negara. Kalau ada rezeki memang saya berminat dan tidak akan menolak untuk menghiburkan rakyat Malaysia  di sana,” tambah pemilik nama sebenar, Shahrul Anuar Zain ini.

Hiburan Wed, 14 Mar 2018

第二主打找Hero祖雄拍MV 车子无缘为专辑入镜

大马“星光冠军”歌手车志立(车子)发行新专辑,公司砸本请来影帝、男神及型男演员等为新专辑拍摄MV,第二主打歌《迷路》更特别找来大马“全能型男神兼天菜”Hero祖雄跨刀相助。车子确定无缘为专辑入镜当主角,感叹“有点伤心”。

Trending Fri, 15 Jan 2021
Featured Tue, 6 Sep 2022
Trending Thu, 19 May 2022

Penyewa Rumah PPR Tidak Bayar Sewa Lebih Sedekad, Tidak Malu Tinggal Secara ‘Percuma’

Ada kalangan penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) lebih sedekad tinggal ‘percuma’.