Hiburan By: Del14 January 12, 2020 @ 4:53pm

“Lentik Tak Lentik, Tunggulah..” – Bob Yusof

“Ini bukan lagu saya, jadi saya perlu minta izin,” jelas Bob Yusof apabila ditanya tentang persiapannya menjelang Anugerah Juara Lagu (AJL) yang ke-34 pada 9 Februari nanti. 

Bob yang diberi kepercayaan untuk menggantikan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam membawa lagu Anta Permana ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong pada malam AJL nanti mendakwa persiapannya hanya 20% sahaja walaupun AJL tinggal kurang dari sebulan sahaja lagi. 

“Boleh saya katakan, persiapan saya setakat ini baru 20% kerana saya cuma menggalaskan tanggungjawab untuk membawa lagu orang lain, jadi sebaik-baiknya saya minta izin dulu dengan pihak-pihak yang berkenaan apabila nak buat apa-apa dengan lagu tersebut sebelum saya laksanakan,” kata Bob kepada XTRA ketika ditemui pada sidang media AJL ke-34 di De’Wan by Chef Wan baru-baru ini. 

Walau bagaimanapun Bob atau nama sebenarnya Yusrizan Usop menafikan kreativitinya dihadkan atau dikongkong oleh pihak Siti mahupun Hael dan berkata dia diberikan kebebasan untuk menentukan arah tuju cara penyampaian lagu Anta Permana itu nanti.

“Memang Hael kata dia serahkan sepenuhnya pada Bob tapi saya mahu ikut garis panduan yang betul. Saya tetap akan tanya Hael dan Datuk Siti pendapat mereka kerana ini bukan lagu saya. 

“Saya hormat pada Hael sebagai komposer dan Siti sebagai penyanyi asal dan saya rasa ia tanggungjawab yang besar untuk saya pikul lagu ini sebab ini lagu penyanyi tersohor. Bila saya tahu direction mereka, baru saya akan gabungkan dengan inspirasi saya buat lagu ini.

“Cuma Datuk Siti pernah nasihatkan saya supaya jangan terikut-ikut dengan cara nyanyiannya dan nyanyikan lagu ini dengan cara tersendiri,” jelas Bob lagi. 

Tidak dinafikan persembahan Bob pada pusingan separuh akhir Muzik-Muzik 34 tempoh hari  mengundang pelbagai reaksi dari umum.

Ada yang memuji penyanyi itu membawa lagu Anta Permana dengan versi tersendiri dan ada juga yang tidak menyukai nyanyian Bob terutama sekali dengan aksi tangan yang ‘melentik’. 

“Lentik tak lentik, tunggulah nanti persembahan saya pada malam AJL nanti. Itu persembahan saya. Apabila di atas pentas, saya cuma mahu jadi diri saya sendiri,” kata Bob sambil tertawa. 

Sudah 15 tahun berada di dalam industri seni, Bob berkata dia sudah lali dengan kritikan orang ramai dan dia sudah bersedia untuk menerima kritikan sebelum bersetuju menggalas tanggungjawab itu. 

“Sejujurnya saya suka membaca termasuklah komen-komen dari orang ramai. Kalau ada kritikan, saya akan tengok kritikan itu masuk akal atau tidak. Kalau tak, saya akan abaikan. Kalau ianya komen membina, saya akan terima sebab mungkin saya sendiri terlepas pandang. 

“Contohnya kalau ada orang komen tentang cara nyanyian saya pada malam itu…saya akan tengok balik persembahan saya, dan kalau betul, saya akan perbaiki. Tak semua kritikan itu untuk menjatuhkan kita. Ada kritikan diberi oleh orang yang betul-betul minat dengan kita dan mahukan kita beri yang terbaik,” ujarnya mengakhiri perbualan. 

Bertemakan Warna-Warna Suara, acara kemuncak AJL 34 dijadualkan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 9 Februari ini dan tiket sudah mula dijual atas talian sejak 9 Januari lalu di www.myticketasia.com.

Kredit Foto: Instagram @bobyusof

Oleh: FAS.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 3 May 2019
Hiburan Wed, 3 Apr 2019
Hiburan Tue, 20 Mar 2018

丁文琪初见儿子嘟嘴哭了「好像林宥嘉」

丁文琪2017年和林宥嘉结婚后,隔年就宣布怀上男宝宝的喜讯,令人又惊又喜。她目前约怀孕5个多月,19日晒出超音波照,她坦言,第一次见到肚中儿子的嘟嘟嘴,一边笑说好像老公,一边又忍不住流下感动泪水。

Hiburan Tue, 11 Jun 2019

Alami Komplikasi Paru-Paru, Doakan A.Rahman Hassan

Beliau kini direhatkan untuk rawatan & pantauan lanjut hospital. Jom doakan agar Dato A Rahman Hassan dikurniakan kesembuhan…

Hiburan Mon, 23 Apr 2018

People Believe That This South Korean Mum and Dad are Idols

Their daughter looks like she could be a child actress too.

Hiburan Mon, 23 Dec 2019

Nina Iskandar Selamat Lahirkan Anak Sulung

Tahniah buat Nina & Lan Lebah!

Featured Mon, 13 Sep 2021

Sertai Jemaah Tabligh, Video Anuar Zain Menyanyi Sambil Hidang Teh Tarik Curi Perhatian Ramai

Video penyanyi terkenal, Anuar Zain menghidangkan teh tarik kepada rakan artis, Nabil Ahmad menjadi bualan di media sosial semenjak semalam. Namun apa yang paling mencuri tumpuan adalah suara Anuar dengan bersahaja menyanyikan lagu Lelaki Ini […]

Hiburan Fri, 10 Aug 2018

Jangan Ketinggalan! Temui Selebriti Kegemaran Anda Di Showcase Muzik-Muzik Sabtu Ini

Jadi, bagi menghangatkan Showcase Muzik-Muzik #33 anda dijemput hadir pada 11 Ogos ini bertempat di Ground Floor Centre Court, IOI City Mall, Putrajaya. Jadi jangan lupa datang beramai-ramai okay! Pastinya happening!

Events Mon, 21 Oct 2019

Letops! Shakira Bakal Sambut Birthday Di Hadapan 100 Juta Orang

Tak sabar nak tengok persembahan Shakira!

| Live TV