Hiburan By: SGMS Faida March 20, 2018 @ 11:40am

Tak Sengaja Sebar Gambar, Jurusolek Minta Maaf

Gara-gara tindakannya berkongsi gambar anak penyanyi Datuk Siti Nurhaliza di laman Facebook, dirinya terus dikecam netizen. Alahai…

Susulan kejadian itu, Wan Noor Akmal Wan Yusof ingin memohon maaf dan sedia berjumpa dengan penyanyi tersohor itu.

Wanita berusia 36 tahun yang juga jurusolek sambilan berkata, dia mendapat gambar dan video itu daripada rakan menerusi aplikasi Whatsapp sebelum memuat naik di Facebook.

“Saya hanya berniat nak berkongsi kegembiraan. Pada awalnya, ramai yang mengucapkan tahniah. Namun, apabila seorang komen dan minta memadam status berkenaan, ramai turut komen sama. Netizen mula mengecam saya.

“Ketika perkara itu kecoh, saya berada di luar. Sejurus tiba di rumah, saya perasan banyak notifikasi masuk. Baru saya sedar status berkenaan mengundang amarah banyak pihak.

“Saya terkejut dan tidak menjangka perkara itu tular. Akhirnya, saya mengambil keputusan memadam dan mennyahaktifkan akaun Facebook buat sementara waktu,” katanya kepada Harian Metro.

Wan meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kesilapan yang telah dilakukannya itu.

“ Saya tidak tahu menahu mengenai kenyataan suami Siti yang mana mereka bakal berkongsi wajah anak selepas tujuh hari kelahiran.

“Kalau daripada awal saya tahu mengenai kenyataan yang mereka belum bersedia berkongsi wajah anak, saya takkan buat perkara ini. Saya akui dan sedar kesilapan saya,” katanya.

Selepas beberapa jam gambar bayi perempuan itu tular, Wan mengambil keputusan memadam gambar itu bagi mengelakkan perkara lebih buruk berlaku.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 6 Oct 2021

Semak Syarat Layak Mohon Bantuan RM10,000  One Off Buat PKS Bermula Esok

Menerusi Pelan Pemulihan Nasional (PPN), kerajaan Sarawak telah melancarkan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 7.0 berjumlah lebih RM800 juta bagi memperkasakan aktiviti perusahaan dan perniagaan. Terbaru, pendaftaran BKSS 7.0 berjumlah RM5,000 (Fasa1) akan mula dibuat

Featured Wed, 9 Jun 2021

Malaysia Berjaya Capai Sasaran Beri 150,000 Vaksin Sehari

Kadar vaksinasi harian sebanyak 150,000 sudah berjaya dicapai semalam dan angka itu dijangka terus meningkat berikutan 16 juta dos vaksin Covid-19 yang bakal tiba dalam tempoh dua bulan. Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

TECH Mon, 5 Nov 2018

5 Cara Pulih Sambungan WiFi Bermasalah Pada PC

Berikut antara beberapa kaedah yang boleh anda cuba untuk mengembalikannya fungsi Sambungan WiFi Pada PC anda.

Featured Wed, 22 Sep 2021
Featured Thu, 11 Nov 2021

Gara-Gara Homestay Tiada Seterika, Suami Banggakan Isteri Guna Cerek Eletrik Untuk Ratakan Tudung

Tindakkan seorang suami ini melicinkan tudung isterinya menggunakan cerek eletrik mendapat pujian ramai di TikTok. Video pendek yang berdurasi kurang 20 saat itu menunjukkan suami kepada pemilik video bernama @eja2110 meratakkan kedut ditudung dengan melalukan

Hiburan Wed, 23 Mar 2022
Featured Wed, 23 Nov 2022

“Awkward & Malu Sedikit…” – Adam Lee Lebih Gembira Selepas Menikah

Pelakon Adam Lee yang baru sahaja menamatkan zaman bujang bersama aktres Sweet Qismina mendedahkan banyak perkara baharu yang dilaluinya setelah bergelar seorang suami. Menurut Adam, kehidupannya selepas berumah tangga lebih gembira kerana kini ditemani oleh

Featured Sat, 14 Jan 2023

Album Dayang Nurfaizah ‘Belagu II’ Bakal Dilancarkan 27 Januari

Penyanyi terkenal, Dayang Nurfaizah sudah bersedia untuk melancarkan album studio ke-10 iaitu Belagu II. Merupakan album sekuel kepada album Belagu yang dilancarkan pada tahun 2021 yang mana album tersebut menerima pelbagai reaksi positif malah diangkat sebagai penerima

Hiburan Mon, 9 Apr 2018

“Aku Kacau T***r Kau Ke? Fara Mendoza Bengang Ditegur Berbikini

Walaupun Fara Mendoza tidak lah se-popular Fazura atau Neelofa, namun beliau berjaya menarik perhatian followers beliau dan juga mengundang kecaman netizen apabila baru-baru ini beliau dilihat memuat naik gambar percutiannya di Pulau Redang

Featured Wed, 5 Oct 2022

| Live TV