Featured By: Salma Syahbuddin June 25, 2022 @ 4:01pm

Bersalin 2 Minggu Awal, Isteri Fizo Omar Selamat Melahirkan Baby Girl!

Pelakon Fizo Omar berkongsi berita gembira kepada semua peminat menerusi hantaran di Instagram miliknya apabila memaklumkan isterinya, Fazeera Nazri Azrai selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 12.39 malam tadi.

Fizo berkata, bayi perempuan seberat 2.73 kilogram itu dilahirkan dua minggu awal dari tarikh yang sepatutnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by fizoomar (@fizoomar)

 

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana isteri dan bayi dalam keadaan yang selamat.

“Alhamdulillah, seorang lagi anugerah terindah dari Allah. Isteri saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan dua minggu lebih awal dari EDD (Estimated Delivery Date).

“Keadaan isteri selamat dan bayi sangat comel,” tulisnya.

Dalam pada itu, Fizo turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak hospital kerana telah memberikan perkhidmatan terbaik kepada isterinya sepanjang tempoh kehamilan sehinggalah bersalin.

“Terima kasih juga atas doa semua untuk isteri dan bayi saya,” katanya.

Sekadar info, Fizo dan Fazeera telah melangsungkan perkahwinan pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang.

Fizo sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mawar Karim namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia lima tahun.

 

Sumber : Instagram

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 31 May 2021
Eat Travel Thu, 6 Dec 2018

Kubu Batu Kering, Machu Picchu Dinobat Tarikan Pelancong Terkemuka Dunia

Machu Picchu telah dibina dalam gaya klasik Inca dengan dinding batu kering yang berkilat.

Featured Mon, 18 Jun 2018

ALDO Pelengkap Gaya Seisi Keluarga Di Pagi Raya

Lengkapkan gaya raya anda dengan koleksi jenama ALDO yang super elegant dan classy!

LIFESTYLE Wed, 30 Nov 2022
Featured Mon, 16 Jan 2023
Trending Sat, 2 Jan 2021

Akhmal Nazri Selamat Bernikah 31 Disember Lalu

Wah, Jibam dah kahwin.. Tahniah!

Hiburan Wed, 11 Sep 2019

Sharnaaz Tolak Cerai, Air Mata Nabila Jatuh Di Mahkamah

Pelakon Cinta Bukan Kristal ini mahu mengikut prosedur mahkamah yang ditetapkan.

Featured Fri, 22 Jul 2022

| Live TV