Featured By: Yanie Baharom December 14, 2018 @ 4:00pm

Guna Pam Susu Boleh Rosakkan Payudara Si Ibu?

Penyusuan susu badan adalah makanan yang paling disyorkan untuk bayi. Namun, disebabkan halangan tertentu seperti ibu bekerja dan sebagainya, ramai wanita memilih untuk guna pam susu ibu supaya si manja tetap dapat manfaat.

Walau bagaimanapun, ibu perlu tahu kesan sampingan yang berpotensi berlaku ketika menggunakan pam susu ibu ini.

Tapi jangan salah sangka. Ini bukan bermakna anda perlu buang pam susu itu, tapi adalah lebih bagus jika anda tahu kebaikan dan keburukannya serta mendapat maklumat tepat.

Berikut merupakan beberapa kesan sampingan apabila ibu menggunakan pam susu yang mungkin tidak diketahui anda selama ini.

Foto: Connected2Christ

4 kesan sampingan penggunaan pam susu ibu

1. Kekeliruan puting susu

Bayi mengenali puting ibunya melalui tekstur, rasa dan bau yang membawa kepada keselesaan. Untuk itu, anda perlu mewujudkan corak penyusuan yang baik termasuk cara menghisap yang betul.

Sekiranya anda memperkenalkan botol susu, kebarangkalian untuk anak tolak puting payudara adalah lebih tinggi.

Namun, anda boleh mengatasinya dengan langkah-langkah ini:

Cuba elak guna botol susu terlalu lama. Menurut La Leche League International, masa terbaik untuk perkenalkan botol (jika perlu) adalah ketika bayi sekurang-kurangnya sebulan dan penyusuan susu ibu sudah mantap.

Foto: Mother & Baby

2. Boleh menyebabkan pencemaran

Pencemaran susu ibu boleh boleh berlaku bila pam payudara itu tidak dibersihkan dengan betul.

Ini yang terjadi tahun lepas di mana bayi pramatang menghidap meningitis teruk dan tisu otaknya hancur setelah diberi minum susu dari pam yang tak dibersihkan dengan sempurna.

Jika anda menggunakan pam susu, ingat peraturan kebersihan ini:

  • Basuh tangan ketika mengendalikan pam susu ibu.
  • Segera simpan susu tersebut setelah dipam.
  • Berhati-hati membersihkan pam payudara selepas guna.
  • Guna sinki berasingan kerana sinki dapur mungkin sudah dicemari dan sukar dibersihkan dengan teliti.
  • Gosok pam susu dengan sabun.
  • Lap dengan kain kering yang bersih.

3. Kerosakan tisu payudara dan puting

Kerosakan tisu payudara dan puting boleh berlaku sekiranya menggunakan pam terlalu laju atau perlahan. Ataupun salah pilih muncung pam hingga membuatkan anda alami kesakitan.

Bagi mengatasi masalah ini, anda harus memilih kelajuan yang betul pada pam susu dan guna muncung pam yang tepat.

4. Boleh menyebabkan payudara bengkak

Sesetengah ibu suka guna pam susu badan supaya dapat buat stok susu yang lebih lama pada bayi. Namun, ia boleh menyebabkan pembengkakkan payudara.

Sekiranya bengkak berterusan, ia boleh menyebabkan mastitis yang merupakan jangkitan pada saluran susu, Bagi mengelak keadaan ini, sangat penting ibu memilih pam susu yang selamat dan terbaik. 

Sumber: The Asian Parent

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 29 Dec 2022

[VIDEO] Lepak Bersama Syed Saddiq, Ramai Puji ‘Circle’ Azfar Heri ‘Next Level’ – “First Time Dengar Dia Cakap Kau & Aku”

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian dimuat naik oleh pempengaruh Azfar Heri di laman TikTok yang memaparkan momen lepak bersama Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Menerusi hantaran tersebut, Azfar […]

Events Wed, 3 Aug 2022

Kembali Selepas 6 Tahun Sepi, Penganjur Harap Syarat Pencalonan Tak Jadi Sebab AIM 23 Kurang Dapat Sambutan Penggiat Industri

Wowwww! Akhirnya anugerah berprestij ini kembali. Tunggu bulan 9 ya semua!! 🤩🤩

Featured Wed, 30 Jun 2021

Tony Spider Meninggal Dunia

Industri muzik tanah air hari ini dikejutkan dengan berita kehilangan seorang permata seni apabila pemain bass kumpulan muzik terkenal, Tony Spider disahkan telah meninggal dunia pagi tadi. Kehilangan allahyarham disahkan oleh salah seorang anggotan kumpulan […]

Featured Wed, 10 May 2023

Caprice Berdamai Dengan Anggota Polis Ajak Bagi Penampar, Komen Netizen Ini Curi Perhatian!

Alhamdulillah berbaik dah.. Tapi macam betul yang brader tu komen kan

Featured Sat, 14 Jul 2018