Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari December 23, 2022 @ 8:27pm

“Saya Perlahankan Karier Sebab Umur, Bukan Kahwin” – Tak Risau ‘Saham’ Jatuh Lepas Nikah, Reen Rahim Percaya Rezeki Aturan Allah

Pelakon Reen Rahim akui tidak risau jika ‘sahamnya’ jatuh selepas mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan hati yang digelar sebagai Encik H.

Memetik laporan mStar, Reen menjelaskan bahawa dia yakin yang rezeki itu datang dari Allah SWT dan telah disusun dengan baik sejak awal penglibatan dalam industri seni.

“Kalau saya perlahankan karier mungkin sebab faktor umur dan bukan sebab berkahwin. Perjalanan saya dalam industri pun memang perlahan sebelum ini, tak terus memuncak… jadi saya percaya pada rezeki yang Allah sudah susun.

“Saya tiada isu nak takut saham jatuh selepas kahwin. Kalau bukan rezeki dalam industri mungkin dekat tempat lain yang Allah sudah sediakan,” ujarnya kepada mStar.

Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, memaklumkan bahawa bakal suaminya itu tidak pernah melarang atau meletakkan syarat mengenai kariernya sebagai anak seni tetapi perlu mengehadkan batas pergaulan sebagai seorang isteri.

“Bakal suami tak ada letak syarat tapi saya sendiri akan letak had tanpa perlu sesiapa beritahu saya tentangnya.

“Tak kahwin pun sama memang jaga bab itu, takkan pula selepas kahwin saya langar apa saya pertahan sebelum ini,” katanya lagi.

Ditanya mengenai persiapan kahwin pula, Reen memberitahu bahawa 90 peratus persiapan sudah lengkap dan majlis akan berlangsung dalam masa terdekat.

Tambah, Reen berasa teruja untuk majlis bertandang pihak lelaki kerana ia bertemakan kampung.

“Saya seronok sangat nanti dapat merasa kahwin dekat kampung yang ada kompang-kompang… dia ada nenek lagi jadi dia nak buat dekat kampung,” luah Reen.

Namun begitu, Reen masih merahsiakan identiti bakal suaminya yang dikenali sebagai Encik H sehingga kini serta merahsiakan tarikh majlis perkahwinan yang bakal berlangsung hujung tahun ini.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Thu, 16 Apr 2020
Hiburan Mon, 11 Feb 2019

Bahagia Bergelar Isteri, Raja Ilya Sarankan Peminat Kahwin Bila…

Haaa dengar tu, bagi si bujang, berkahwinlah bila…

Events Mon, 5 Mar 2018

Anuar Zain impikan ‘Royal Albert Hall, London’

“Siapa tak nak pergi ke luar Negara. Kalau ada rezeki memang saya berminat dan tidak akan menolak untuk menghiburkan rakyat Malaysia  di sana,” tambah pemilik nama sebenar, Shahrul Anuar Zain ini.

Hiburan Thu, 17 Oct 2019

“Saya Akan ‘Stay’ Sini 28 Hari..” – Kaka Azraff Tak Mahu Pantang Di Rumah

Kalau kebanyakan ibu baru bersalin berpantang di rumah, berbeza pula dengan penyanyi Bukan Hal Aku ini. “Saya akan ‘stay’ di sini 28 hari. Nak tengok rutin harian, boleh tengok di IG Story saya ya?” kata […]

Featured Fri, 10 Mar 2023

“Dia Dimaki & Dipijak Seperti Tiada Maruah!” – Berang Anak Ditindas, Ibu Shuib Dedah Perkara Sebenar 

Hmmm… pasti akan ada dua sisi cerita yang berbeza, apapun jangan terus menghukum ok guys 🫶🏻

Hiburan Tue, 9 Dec 2025

“Ambil Wuduk Pun Buat Saya Tenang, Solat Macam ‘Dating’ Dengan Allah” – Nadia Brian

Nadia mengakui amalan solat adalah sumber kekuatan terbesar dalam hidupnya

error: Content is protected !!