Events By: Aqilah Paharuzi August 3, 2022 @ 6:38pm

Kembali Selepas 6 Tahun Sepi, Penganjur Harap Syarat Pencalonan Tak Jadi Sebab AIM 23 Kurang Dapat Sambutan Penggiat Industri

Selepas enam tahun menyepi, anugerah berprestij yang paling dinantikan iaitu Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-23 bakal kembali menghangatkan industri muzik tanah air dengan menampilkan wajah berbeza pada 11 September 2022.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM 23, Rosman Hashim memaklumkan pencalonan karya-karya tempatan hanya termaktub pada lagu yang diterbitkan dari 1 Januari 2021 sehingga 30 Jun lalu.

Menyedari banyak produk muzik diterbitkan selepas kali terakhir AIM dipentaskan pada 2016, Rosman berkata syarat ini adalah untuk memastikan keadilan terhadap karya terkini serta selaras dengan evolusi industri muzik semasa.

“Selepas berbincang dengan Ahli Majlis Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), kami capai kata sepakat memilih karya yang diterbitkan dari 1 Januari 2021 hingga 30 Jun lalu agar AIM 23 terkini dan relevan.

“Pada mulanya, kami berhasrat membuka penyertaan untuk lagu dan album diterbitkan sejak 2017, namun, selepas mengambil kira semua faktor, kami putuskan hanya karya yang diterbitkan sejak setahun setengah lalu layak dipertandingkan, ujarnya.

Mengulas lebih lanjut, Rosmin turut berharap agar penggiat industri muzik tidak memboikot AIM 23 akibat syarat pencalonannya itu.

“Memang sayang juga tapi itulah ketetapan demikian sudah dibuat sebulat suara. Kami pun turut memaklumkan syarat terbabit dan difahami syarikat rakaman mahupun artis.

“Kiranya bukan rezekilah untuk lagu-lagu yang dihasilkan ketika AIM direhatkan penganjuran.

“Kami tidak dapat mengelak jika ada penggiat seni yang tidak berpuas hati atau ingin memboikot syarat ditetap.

”Namun, mereka harus ingat, acara anugerah ini dianjurkan khas untuk mereka. Jadi, kami harap mereka faham dengan situasi yang berlaku,” katanya yang ditemui media semasa majlis pelancaran dan sidang media AIM 23 di ibu negara pada Isnin.

Pada edisi ke-23, sebanyak 26 kategori dipertandingkan termasuk tiga anugerah baharu iaitu Lagu Cinta Tempatan Terbaik, Lagu India Tempatan Terbaik dan Lagu Bahasa Melayu Terbaik Dipersembahkan Artis Asing.

Pencalonan AIM 23 telah dibuka sejak 27 Julai lalu sehingga 5 Ogos ini, jam 5 petang.

Antara kategori yang akan dipertandingkan adalah Artis Baharu Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik, Video Muzik Terbaik, Album Terbaik, Lagu Terbaik, Video Muzik Terbaik dan banyak lagi.

Kredit foto: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 26 Dec 2023
Featured Thu, 1 Jul 2021

Moratorium Automatik : Tiada Faedah Terkompaun & Penalti Lewat Bayar, Tarikh Permohonan Dibuka Mulai…

Moratorium automatik selama 6 bulan bermula Julai telah diumumkan oleh Perdana Menteri untuk semua peminjam Individu B40, M40 & T20 di bawah Pakej Bantuan PEMULIH hari ini. Moratorium 6 bulan diberikan kepada semua peminjam individu, […]

Hiburan Tue, 8 Jan 2019

BTS To Get Their Own Dolls by Mattel!

This is a next-level fame the boys are achieving.

Trending Mon, 24 Aug 2020

PKPP Bakal Berakhir 31 Ogos Ini, KKM Saran MKN Lanjutkan PKPP

Korang setuju ke tak kalau pkpp dilanjutkan?

Featured Tue, 10 Jan 2023

“Malunya Syaikhul, Sumayyah Dapat Ayah Macam ni…” – Puteri Sarah Kecewa, Mohon Syamsul Fikir Kesan Pada Anak-Anak & Keluarga

Orang jahil, akan serlahkan kejahilannya. Walaupun dia disangka berilmu – Puteri Sarah Liyana 😢

Hiburan Sun, 18 Feb 2018

‘Ali Setan’ Kini Dalam Kenangan

Azmil Mustapha Meninggal Dunia- ‘Ali Setan’ Kini Dalam Kenangan

Hiburan Thu, 7 Jun 2018

Bila Ronaldo Naik Angin…Ini Jadinya!

Cristiano Ronaldo membuat keputusan selepas tidak berpuas hati dengan pengurusan tertinggi yang didakwa mungkir janji mengenai tawaran dalam kontrak baharunya.