Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi March 18, 2024 @ 3:19pm

Imej Bertudung Jadi Perhatian, Ara Johari Akui Selesa – “Saya Masih Berusaha, Doa Yang Baik-Baik”

Penyanyi Ara Johari mengakui masih mencuba dalam mengenakan hijab pada bulan Ramadan.

Menurut Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari, dia enggan bercerita lebih mengenai penampilan manisnya itu sebaliknya memohon doa daripada semua.

“Saya berhijab hari ini kerana menghormati majlis, ikut kesesuaian.

“Nak cakap bertudung sepenuhnya, saya tak berani nak cakap lagi, tapi doakan yang baik-baik.

“Saya masih mencuba, saya juga ada hadiri majlis di bulan Ramadan jadi saya cuba untuk bertudung,” katanya kepada XTRA.

Ara ditemui pada majlis berbuka puasa jenama pakaian HeetamPuteh bersama anak-anak jagaan Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) di Putrajaya, baru-baru ini.

Dalam pada itu, pelantun lagu Sudah itu turut menghargai komen-komen positif pengikut susulan muat naik foto dirinya berhijab di Instagram (IG) tempoh hari.

Tambah Ara, dia akui selesa apabila mengenakan hijab malah masih berusaha untuk berhijab penuh.

“Alhamdulillah, banyak komen positif yang saya terima.

“Ramai juga yang mendoakan saya dan saya juga tidak cakap saya tak selesa bila bertudung. Saya sangat selesa.

“Kita doakan yang baik-baik, sekiranya saya terus bertudung, kita tak tahu kan? Saya masih berusaha.

“Niat itu ada tapi saya pun tidak tahu apa yang akan jadi masa depan,” ujarnya.

Berkongsi aktiviti pada Ramadan tahun ini, Ara memaklumkan dia masih bekerja seperti biasa seperti membuat show disamping bertemu rakan-rakan selebriti.

“Untuk Ramadan saya bekerja seperti biasa, saya banyak fokus kepada kempen, show pun masih ada tetapi lebih kepada mengeratkan silaturrahim sesama rakan selebriti.

“Saya tidak lagi berniaga, kerana ada masalah yang tak dapat dielakkan sebab saya yang memasak sendiri. Tak menang tangan. Mungkin saya rancang untuk keluarkan produk makanan sedia dimakan (RTE).

“Impian saya adalah untuk buka restoran tapi belum diberi rezeki lagi. Kita akan sedaya upaya untuk realisasikan impian itu,” kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat Kali Dijangkiti Covid-19, Ara Johari Dedah Senang Hilang Suara Gara-Gara… – “Saya Kini Banyak Berpantang”

ARTIKEL BERKAITAN: Ara Johari Perjelas Dakwaan Sudah Bertunang, Foto Di Atas Pelamin Rupa-Rupanya…. – “Doakanlah Yang Terbaik”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 22 Mar 2024

Sering Dilemparkan Kritikan Negatif, Zizie Izette Akui Tak Mudah Terkesan – “Saya Block Saja”

Baru tak serabut kepala, kita block je komen negatif tu kan 😌

Hiburan Tue, 3 Sep 2019

2019年《八度空间嘉年华》星光熠熠!超过三十组艺人轮番出场

在长达两天的嘉年华中,民众除了可以参与现场不同游戏摊位赢奖品外,还可跟超过30组的艺人近距离接触,可谓星光熠熠,势必为活动掀起一波又一波的高潮!

Featured Sun, 18 Dec 2022
Trending Thu, 5 Oct 2023
Fab Foodies! Mon, 1 Oct 2018

Khasiat Daun Kari Dalam Kehidupan

Selain dari bau yang wangi, daun kari merupakan antara elemen masakan yang penting dalam sajian masakan kita

Featured Wed, 11 May 2022
Trending Fri, 19 Jul 2019

Bapa Sahkan Oksana Sudah Cerai?

Rihana Oksana Gorbatenko tular, isu ini masih tiada jawapan sehingga kini.

Hiburan Tue, 3 Oct 2023
error: Content is protected !!